The 'SLEO' Shift Yang Buatkan Saya RM50-RM150 SEHARI

Sep 30, 2024 2:00 am

I remember when I first started dulu, ramai orang suggest untuk jual digital products dengan harga tinggi. Masa itu boleh nampak orang jual ebook 20 muka surat dengan harga RM100 - and people will buy.


Bertahun jugak trend ini bertahan - that is until tahun ini. Hujung tahun 2023 dan masuk ke awal tahun 2024, saya perasan satu perubahan besar.


Kalau awak memang berada dalam dunia digital & internet marketing, awak akan tahu yang segala trend dan shift in the market akan datang dari the westerners dulu, and then gradually akan masuk ke Malaysia.


Awal tahun hari itu saya perasan yang most marketers and coaches dekat US dan UK, jual digital products dengan harga less than $10. Pelik, kan?


Now these people are those yang dulu recommend jual mahal, tapi sekarang depa dah fokus pada jual benda murah. Even mentor saya dekat US yang dah buat $38 million pun buat benda yang sama sekarang ini.


Why? Kenapa benda ini berlaku? Sebagai orang yang kadang orang cakap tak berapa nak betul, saya kena find out the answer.


Lepas saya habiskan berminggu-minggu untuk fahamkan dan test sendiri, I've found out the answer dan saya nak sharekan 3 benda penting kenapa awak pun perlu ada this kind of low cost offer.


The New Norm of Selling Digital Products

What is it?

A lot of people ada different terms untuknya, but for me, saya suka panggil as Super Low End Offers atau SLEO. Jadi sepanjang awak baca ini, take note bila saya guna perkataan SLEO.


Basically SLEO ini tak banyak beza dengan normal digital products, it's just usually harganya bawah dari $10 atau RM10 untuk kita dekat Malaysia.


Ada beberapa sebab kenapa kita buat macam ini:


Why do we do it?

Sebab #1: Build trust


Saya pernah cakap beberapa kali dah sebelum ini, tapi just to reiterate it, orang zaman sekarang semakin skeptikal dengan semua orang. It takes time untuk orang percayakan kita dan beli something berharga ratusan ringgit.


Kalau orang itu baru follow kita, tengok content kita hari ini, agak mustahil untuk dia nak beli satu ebook harga RM150, unless dia ada satu pain yang super mendalam, itu pun dia still akan pikiaq beberapa kali dulu.


Bila adanya SLEO, kita ada bagi dekat audience kita satu peluang untuk depa rasakan how we are as a person and boleh tak dia percayakan kita selepas itu.


It reduces the risk lah, untuk beli something harga RM10 vs RM100, RM10 takes less time untuk kita decide. Tapi trust itu untuk side of the buyer, macam mana dari side kita sebagai the seller? Well SLEO helps with that as well.


Sebab #2: Quicker sales


Sebagai side hustler atau business people, kita perlukan the money bukan saja untuk sustain the business, tapi untuk makan sehari-hari. Which dekat sini saya just nak mention yang kita tak jahat bila kita menjual.


The easiest way untuk fulfill dua-dua benda ini, dapatkan trust dan dapatkan duit dari awal ialah dengan buat satu tawaran yang harga rendah, which is SLEO ini lah.


Most people akan 'tak kisah sangat' untuk belanja beberapa ringgit untuk dapatkan something yang potentially boleh help them out. Perasan saya guna perkataan 'most'? Sebab tak semua akan rasa selesa, still akan ada yang tak nak jugak, tapi 'most' bermaksud ramai.


Bila ramai, maksudnya potential untuk kita buat sales secara konsisten each and every day memang tinggi. Macam saya sendiri, every day akan masuk RM50-RM150 dan kalau kita calculate in a month, RM1,500-RM3,000 sebulan - dah sama macam gaji orang bekerja.


Stable, consistent, unlike wifi rumah saya...hmm.


How do we do it?

Untuk buat SLEO ini, the steps sama macam nak buat normal everyday digital products:


• Decide apa skill awak nak fokus

• Pilih apa masalah skill awak boleh selesaikan

• Tunjukkan cara nak selesaikan masalah itu step-by-step


Itu rahsia untuk digital products yang bagus. Saya LARANG sama sekali kalau awak sekadar buat digital product yang tak ada value, sekadar buat nak share general information 5 langkah untuk ABC.


Those should be free, like this weekly newsletter. Heck, even template tak apa lagi untuk awak buat, sebab template actually helps people with something.


Ingat, SLEO ini ibarat tester nugget dekat shopping mall. Kalau tester itu kita rasa sedap, kita akan beli sepaket terus. Atau macam kita dengaq lagu dekat Spotify, dia bagi free with ads, tapi nak lebih kena bayaq bulan-bulan.


Same concept, just slight difference yang mana SLEO itu kita caj albeit minimal.


Summary & Final Notice

By now awak dah jelas apa itu SLEO, kenapa kita buat benda alah ini dan macam mana awak nak buatnya secara ringkas.


Sejujurnya saya cakap, there never has been an easier time than now untuk buat side income sambil kita bekerja 9-5. Yang lagi best ialah tak ganggu langsung kerja kita itu.


I'm calling it: Gaji 9-5 + side income digital products = NEW NORM


The only thing to do now ialah create your SLEO, put it into a funnel and bring traffic into it.


Kalau awak nak tahu the step-by-step macam mana nak buat, malam nanti jam 8.00PM saya akan buka pendaftaran ke Strategi RM100 Sehari - satu workshop selama 3 hari untuk saya share macam mana awak boleh hasilkan SLEO awak sendiri.


Yuran cuma RM47 sahaja - tapi terhad kepada 100 terawal. Saya recommend awak JOIN WAITING LIST DULU DEKAT SINI.


Apa-apa pun see you next week!






Sekian,

Paeh 'suka SLEO' Brian




YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.


The Side Hustle Playbook: Panduan lengkap dengan langkah secara step-by-step ini kongsikan cara sesiapa saja boleh buat duit online pertama dengan apa saja skill kita ada. Cuma RM7.99 sahaja!


Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.

Comments