Saya gagal dengan satu tawaran baru - ini apa saya belajar

Sep 23, 2024 2:00 am

Baru-baru ini saya ada cuba buat satu 'pivot'. Super heavy emphasis dekat perkataan 'cuba'. You know where this is going kan hahaa.


Dalam tempoh hampir 1 tahun lebih saya bercakap, buat content pasal jual skill dan digital products ini, I've made a decent amount dengan membantu orang. But of course, kita selalu fikirkan cara macam mana kita nak scale.


Saya dapat satu idea lepas tengok kawan-kawan content creator yang mana income tak menentu dan hanya rely pada:


• Affiliate offers

• Paid reviews


Bukan tak bagus, tapi memang ada fluctuation yang tinggi - kadang banyak, ada masa tak ada langsung. I knew I can help them, sebab saya sendiri pun "content creator" (konon-kononlah kan), dan saya pun ada tolong orang-orang macam Aiman Psikologi, Aiman Azlan, dan a few others.


Secara ringkasnya, I knew what to say and how to say it. Boleh kata yang peratus nak berjaya itu tinggi. Tapi life has other plans...


Saya create satu tawaran baru: 3-day Influence to Income Challenge. Aim simple untuk sharekan macam mana content creators boleh buat duit dengan digital products. It made sense sebab depa ada audience, ada followers, tinggal nak bagi push sikit, orang akan beli.


After promoting cabaran 3 hari itu, saya cuma dapat SEORANG untuk daftar. One person. Hitori desu. Uno persona. Yige ren. Masa saya tutup pendaftaran dan tengok the numbers, memang saya taken aback.


But of course, saya tak malu nak sharekan this story sebab I know it'll help me and YOU improve. So apa sebenarnya went wrong? Dekat mana silap saya?


For a few days saya berkurung dalam bilik, cuba untuk study dan cari punca kegagalan launch baru ini - and lepas cakap dengan abang saya, who is also my YouTube editor (shout out to you big bro), satu benda saja yang dia cakap:


What ACTUALLY Went Wrong

Kalau awak follow saya sejak saya ber-tweet-an pasal menjual skill ini, awak akan tahu yang core messaging saya ialah:


• Formal education itu bagus

• Jangan berhenti kerja, cari duit tambahan

• Jual skill tempat kerja cara terbaik untuk start

• Semua orang ada skill yang kita boleh jual & buat duit


There's a few more tapi awak perasan tak saya bold-kan 2 point dekat atas? Sebelum saya share the principle behind it, saya share satu analogi dulu.


Saya yakin awak ada penyanyi yang awak suka dengar. Kalau English songs, my favourite singer ialah Ed Sheeran. Kenapa saya minat Ed? Sebab the genre of music yang Ed bawak, sampai dan kena dekat saya.


Kalau kata satu hari Ed ubah genre music dia, saya rasa maybe saya akan stop dengar lagu dia, sebab saya dah kenal dia sebagai that kind of music singer.


Prinsip dekat sini ialah bila kita ada satu jenis message kita bawak, kita akan tarik sekian sekian orang.


Bila kita ubah message kita, tapi message itu masih sampai dekat orang yang sama, the offer atau the product kita bawak akan tak laku - similar macam kes kalau Ed Sheeran ubah genre music tadi, lagu yang dia bawak orang macam saya yang suka dia mungkin tak dah.


Itulah kesilapan yang saya buat. Saya rasa mungkin 80-90% of my audience ialah orang yang bekerja dan nak buat side income dengan skill dia ada, tanpa ganggu kerja hakiki.


Tapi bila saya cuba untuk pivot dengan tawaran baru untuk content creators, tapi message sampai dekat orang 9-5, memang lah akan fail.


Kita panggil ini sebagai Marketing Mismatch yang mana message tak kena dengan audience. So apa yang kita boleh belajar dari kesilapan saya ini? Ada 2 main things:


Create another segment

Kalau kita nak create something new and it's for someone else, lebih baik untuk create-kan satu segment yang baru. Tak dinafikan dalam audience saya sekarang ini ada jugak content creator (it might be YOU right now), tapi dia tak rasa macam ada tempat khas untuk dia.


What I should've done ialah buat satu group khas dan tarik the new audience ke sana, give value there dan jual dekat depa.


ALWAYS stick to proven concepts

Saya memang jenis gatal tangan, suka sangat nak try benda baru to test things out. Untuk launch yang fail ini, saya tak follow Kolamization Funnel yang saya dah guna for years and years. Saja nak berubah angin orang kata, kan?


Tapi ini bukan berubah angin, ini jadi ribut taufan terus dah bila success turns into failure hahaha. Kadang kita rasa macam satu benda yang dah proven working itu, won't work for us because of ABC reasons, tapi sebenarnya kita kena just ubah a few minor things saja.


Summary & Final Notice

To be honest masa first saya tengok kegagalan launch ini, saya memang agak down. The offer was good, the messaging was good tapi sebab tak sampai pada orang yang betul, it flopped macam Andy Carroll masa main untuk Liverpool (I'm a LFC supported, so I get to say this).


Hopefully awak boleh belajar daripada kesilapan saya ini dan tak buat kesilapan yang sama. Kalau awak buat jugak even after reading this, kena mandi bunga lah kot, I don't know man.


Speaking of learning, malam nanti saya akan cerita lebih detail dan share how YOU can ensure your own new product boleh menjadi dan tak gagal. Malangnya saya akan share dekat Next Level Circle members saja.


Awak still boleh join lebih 100 orang dalam Next Level Circle untuk RM27/bulan saja. If you can pay for Netflix for entertainment, you can pay for NLC for your future. Info dekat sini.


Apa-apa pun jumpa next week!






Sekian,

Paeh 'memang selalu fail' Brian




YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.


The Side Hustle Playbook: Panduan lengkap dengan langkah secara step-by-step ini kongsikan cara sesiapa saja boleh buat duit online pertama dengan apa saja skill kita ada. Cuma RM7.99 sahaja!


Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.

Comments