5 Penipuan & Mitos Kita Diberitahu Tentang 'Buat Duit Online'
Jul 29, 2024 2:00 am
Pernah tak kawan awak ajak awak keluar and then awak dah sampai dekat tempat yang you guys promised to meet - dia tak sampai-sampai lagi...
Lepas 10 minit, awak WhatsApp dia dan dia cakap the infamous: "Aku otw". Classic, kan? Ia dah jadi satu benda yang common sekarang ini dan kita semua dah tahu dan anggap ayat itu sebagai 'penipuan'.
So apa kena mengena analogi itu dengan apa saya nak share hari ini? Well tahun ini ialah tahun ke-9 saya berkecimpung dalam bidang 'buat duit online' ini. Dalam tempoh masa ini, macam-macam yang saya belajar.
Similar dengan situasi penipuan oleh kawan kita tadi, ada 5 benda yang saya belajar (the freakin hard way) tentang buat duit online yang mana akhirnya saya discover...were ALL LIES.
Now the list yang saya nak share ini tak ada particular order, saya tuliskan berdasarkan yang mana saya ingat dan datang dekat kepala saya dulu.
Lie #1: To make money, you 'have' to spend money
Ahh the infamous "nak buat duit, kena keluarkan duit dulu". Sebenarnya ada sikit truth to this one sebab of course, kita kena belanja untuk dapatkan knowledge.
Tapi itu dulu. Zaman sekarang ini, kita hidup dekat satu era yang mana informasi & ilmu itu PERCUMA (baca berkali-kali please!) dan easily accessible bila-bila, dekat mana saja.
Yes, untuk deeper level of knowledge and direct implementation of something, betul kita perlu keluarkan duit. Itu saya tak nafikan. Tapi kalau orang cakap untuk start kita perlu buat benda yang sama, I don't agree.
Masa saya start dulu, saya beli ebook RM50 untuk belajar pasal Facebook dan Instagram Ads. Sekarang? Bersepah video dekat YouTube. Tinggal nak spend masa cari dan belajar.
Lie #2: All make money online are MLM & scams
Masa saya first nak jejak kaki ke dunia buat duit online ini, most of my friends and families kurang bersetuju. Dorang cakap yang kaedah-kaedah online ini semuanya MLM dan scam.
Well some of it yes, tapi untuk cakap 'semua' itu, sangatlah tidak betul sama sekali (punya nak habaq kata tak betui). Affiliate are not scams, selling digital products are not scams.
Sebenarnya, scammers yang scam. Dorang cuma menyamar dan berselidung disebalik kaedah yang dorang gunakan.
Lie #3: Build it, and the money will come
Imagine kita buka satu kedai makan, tapi tak letak signboard dan tak bagitahu dekat orang pasal kedai kita. Agak-agak ada orang akan datang tak? Obviously lah tak sebab kalau orang tak tahu, macam mana dia nak datang.
Prinsip itu terpakai bila nak jual digital product atau service kita. If you build it, SELL it. Kena bagitahu dekat orang. Now of course, ada dua cara saja nak bagitahu dekat orang:
- Buat paid ads
- Buat content
Case in point, last month saya tak ada sharing langsung pasal membership saya. Impaknya? Just 1 new members.
Tapi the month before, saya kaw-kaw cerita dekat X. We added about 12 new members.
Lie #4: It is TOO saturated
Saya rasa awak sendiri pun mungkin pernah terfikir pasal benda ini. In fact, sejujurnya saya sendiri pun pernah terlintas masa saya mula-mula dulu. It makes sense sebab kita nampak semua orang dan kucing dorang buat bisnes.
Tapi hakikatnya ialah, sentiasa ada ruang dan peluang untuk kita. Here's something saya belajar along the way: The market ALWAYS want something new.
Tak percaya? Cuba tengok berapa ramai orang keluarkan produk kosmetik. Nampak semuanya jual laju, kan? Itu bukti cukup simple.
Orang sentiasa mencari cara yang sama ada:
- Lebih mudah
- Lebih cepat
Perasan saya tak tulis 'murah'? Sebab itu satu benda yang terakhir orang akan fikirkan kalau kita berjaya deliver value yang betul. Kalau tak, it is the first thing that comes to their mind.
Lie #5: Everyone & anyone can do it
Saya terpaksa berikan tamparan realiti kejap. Lagi best kalau saya buat macam ini...
PANG* Okay with that done, here's the truth. Sebenarnya buat duit online ini BUKAN untuk semua orang. Yes, saya percaya sesiapa saja boleh buat, tapi tak bermaksud semuanya dapat merasa walau RM1.00 pertama.
Ada SATU kriteria paling penting: You must want it bad enough.
Ini kualiti yang saya nampak dalam orang-orang ternama dekat dunia dan apa yang saya sematkan dalam diri saya. Masa saya start 2016 dulu, family kami tengah tenat. Duit memang susah nak dapat.
Saya masih dekat uni masa itu, macam-macam saya buat:
- Buat printing
- Jual topup
- Ejen jual iPhone
- Join dropship
Macam-macam lagi yang saya buat, saya dah tak berapa tak ingat. It was a struggle, tapi sebab I wanted it bad enough, saya push jugak. Persoalannya sekarang, how badly do YOU want it?
Summary & Final Notice
Ini antara email paling fun yang saya tulis. Kadang-kadang saya masih rasa terperangkap dengan dunia ke-sifu-an yang saya terjerumus tahun 2018-2022 dulu. Susah untuk ubah, but I'm trying my best.
Apa-apa pun hopefully bila baca semua ini, awak ada a new sense of relief dan lebih faham landskapnya. Oh sebelum saya terlupa, saya ada berita best!
Baru-baru ini saya ada keluarkan satu panduan baru. This one, heh heh, this one is special. Guide ini khas untuk yang nak buat duit online pertama. This is the gateway untuk awak rasakan nikmat dan betapa bestnya buat duit online.
Saya kongsikan:
- Cara tentukan dan validate skill kita
- Tukarkan skill kepada offer orang nak beli
- Strategi untuk dapatkan pelanggan pertama
- 7 day gameplan untuk bantu awak start ASAP
Dan tak cukup dengan itu (ini part yang ramai marah saya hahaa), saya berikan 5 bonus percuma lagi. I really want to help you, so please help yourself as well.
Asalnya saya nak letak RM197 - ramai recommend dan cakap berbaloi harga itu. Tapi for now, saya berikan diskaun RM190, cuma RM7.99 sahaja.
Awak boleh KLIK SINI UNTUK TENGOK TAWARAN INI. Tapi apa-apa pun, jumpa next week!
Sekian,
Paeh Brian
YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.
The Side Hustle Playbook: Panduan lengkap dengan langkah secara step-by-step ini kongsikan cara sesiapa saja boleh buat duit online pertama dengan apa saja skill kita ada. Cuma RM7.99 sahaja!
Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.