SATU Kesilapan Ini Hampir Buatkan Saya Hilang RM20,000

Jul 22, 2024 2:32 am

Over the past 7 years, saya dah cuba macam-macam. Dari cara-cara nak buat duit sampailah ke perkara-perkara dalam hidup saya yang I'm not proud of doing (no, bukan jual diri kalau itu apa awak fikirkan!).


Kalau saya tengok balik journey saya, yes ada banyak kaedah yang bantu saya.


Tapi ada satu benda yang SETIAP kali saya buat, almost always saya tak akan gagal dalam apa saya nak buat.


Be it in teaching my students dekat uni atau just nak buat posting, this one thing has helped me tremendously.


Bila saya tak ikut, almost always saya akan fail. And jangan risau, it is sooo simple yang saya pun terkejut it was the thing that almost made me lose RM20K.


How I Discovered It

Saya discover benda ini masa saya nak lancarkan buku Sell Your Skill tahun 2023 yang lepas. Yes I've done a few launches sebelum itu, tapi this one was different.


  • Saya masuk ke dalam satu niche dan market berbeza
  • Ramai yang menunggu tak pernah beli daripada saya lagi


The stakes was high. At first saya decide nak buat fast track, susun dalam 7 hari sahaja. Bila saya cuba buat, jumlah yang join waiting list...was...underwhelming...


Saya blur. "Aku dah buat benda ini banyak kali - tapi kenapa kali ini teruk sangat?". Memanglah ada different things in play, tapi the method and principles used masih lagi sama. It should've worked - why didn't it?


Saya duduk depan komputer saya. Saya analyse apa yang saya dah tulis dalam Google Docs. Satu per satu saya tengok...and then it hit me! Macam bata dari rumah yang sedang dibangunkan, jatuh atas kepala. Berat dan sakit...


Dalam document itu, saya ada layout to-do list, apa yang saya perlu buat. Boleh kata lengkap jugaklah. Cuma ada satu masalah besar:


Saya tak follow apa yang saya dah tuliskan.


It was too simple, and usually benda-benda simple inilah yang akan datang balik untuk hantui kita.


Bila kita dah tulis atau sekadar cakapkan saja pun yang kita nak buat satu-satu benda and then kita tak buat, 99.99% kita akan fail.


Sebagai contoh, ramai yang letakkan azam tahun baru untuk kurus (including me, yes I'm guilty...), tapi those yang betul-betul kurus ialah those yang follow through dengan apa yang kita dah 'janjikan' dekat diri kita.


Bila kita gagal untuk penuhi janji kita dekat diri kita sendiri, lama kelamaan seolah kita sendiri tak percayakan diri kita lagi dan akhirnya menyebabkan kita tak ada rasa nak buat apa-apa lagi.


Saya tak ikut apa saya tulis dalam Google Doc tadi, saya tak follow 'janji' yang saya dah tuliskan dalam bentuk to-do list. And the results? 'Almost', a failed launch (teruskan baca untuk tahu kenapa saya sebut 'almost').


Habis saja tengok dokumen tadi, saya tutup and then went to fulfil whatever saya dah tulis dalam itu. Some of them were:


  • Berikan value setiap hari dalam group
  • Tunjukkan teasers apa ada dalam buku
  • Sharing journey saya lalui dalam 7 tahun


Untuk nak buat semua itu, saya terpaksa postpone the launch - and I did just that. Asalnya saya nak launch 7hb Mei tak silap saya, tapi saya push kepada 26hb Mei, which coincidentally was my birthday.


Saya follow betul-betul and masa launch, dalam masa 48 jam, I made over RM20K. Dan saya tak akan dapat capai benda itu kalau saya tak ikut apa janji saya dah buat.


The principle here is this:


Keep the promises you make to yourself, because if YOU can't trust yourself, nobody will.


Summary & Final Notice

This is the cheatcode untuk awak level up hari ini. Pastikan awak implement this one thing setiap hari. Gunakan cerita saya tadi sebagai satu pengajaran.


If you can't trust yourself, why should anyone else?


Apa-apa pun see you next week!






Sekian,


Paeh Brian



YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.


The Ebook Cheatcode Course: Ebook merupakan salah satu cara yang saya kerap kali gunakan untuk buat duit. Panduan video ini kongsikan A-Z, dari nak cari idea, validate dan siapkan ebook serta jual WALAUPUN awak tak ada experience sebelum ini.


Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.

Comments