Cara Gunakan Media Sosial Untuk Jual Digital Product Kita

Aug 26, 2024 2:00 am

$105,000. Itu jumlah yang Miss Excel, content creator yang ajar orang cara nak guna Microsoft Excel buat dalam sebulan. Crazy when you think about it, kan?


Tapi itulah perubahan yang tengah berlaku dekat dunia sekarang ini. Tumpuan manusia, semuanya dok ada dekat dunia online. Kalau ikut statistik negara Malaysia saja, lebih kurang 28.4 juta rakyat Malaysia yang aktif menggunakan social media.


Dengan adanya angka-angka macam ini, bukankah kita patut capitalize and take advantage of it? Ibarat kalau ada event dekat area bandar kita duduk, kita berniaga popcorn, event itulah tempat kita kena pergi untuk cari pelanggan.


Tapi isu terbesar dekat sini: macam mana kita nak gunakan social media untuk menjual? Kita dah gunakan platform macam Facebook, TikTok dan Instagram tapi untuk tujuan connecting and gossiping (ahh tak payah nak geleng tak setuju sangat).


Ada beza ke dengan guna untuk jual digital products kita? Ada. Tak beza banyak, tapi ada 4 benda yang kita kena buat untuk make sure kita boleh jual dan dapatkan duit.


#1 What's best for YOU

Ramai tanya saya apa platform terbaik. My answer is always the same: yang terbaik untuk awak ialah apa yang terbaik untuk awak.


Saya tak boleh decidekan untuk awak apa platform awak perlu guna, nobody can. Kalau awak suka menulis, maybe Facebook dan X sesuai untuk awak.


Kalau awak pandai cakap depan camera, YouTube dan TikTok might be the play.


Tapi ada satu tip saya boleh share: pilih yang mudah untuk awak start sekarang.


Kalau awak boleh menulis dan boleh cakap depan camera, tapi menulis lagi cepat untuk awak start, then pilih platform yang text based - and vice versa.


Setiap platform sekarang ini dah ada orang yang awak nak cari. Dulu ya, Facebook untuk orang lama dan X untuk the millennials.


Nowadays, even pak cik umur 60 pun buat live dekat TikTok.


#2 Writing for ONE

Kalau kita buat posting dekat social media, kita share untuk semua kawan-kawan kita atau followers kita ada.


Tapi bila kita nak pakai untuk menjual, kita kena menulis dengan one person in mind - pembeli.


Maksudnya ialah segala content kita put out, segala gambar kita share, semuanya mesti targeting to ONE specific audience.


Contoh kalau awak pandai Excel macam Miss Excel tadi, mungkin awak nak buat content khas untuk cikgu sekolah.


Atau kalau awak ada pengalaman berniaga bazar Ramadan dan biasa buat RM5,000 sebulan, mungkin awak nak buat content khas untuk orang yang nak cari cara buat side income.


Pointnya ialah ada specific group of people yang kita nak baca content kita, bukan kawan atau mak cik pak cik kita.



#3 Them vs YOU

Bila kita share gambar dekat IG atau buat posting dekat FB, the spotlight is on always on us, mana kita pergi, kita tengah lepak dengan siapa.


Tapi bila kita nak menjual menggunakan platform sama, the spotlight is on the audience. Kita berikan perhatian pada depa dari segi:


  1. Masalah depa ada
  2. Hasil depa tengah cari


Kita sekadar share pengalaman dan ilmu kita ada. Tak ada masalah untuk share personal things - mesti still relate dan relevant pada audience.


#4 Strategic & Intentional

Segala apa kita share bila kita nak menjual ini mestilah berdasarkan strategi dan dibuat dengan berniat.


Orang yang akan baca content itulah orang yang akan beli digital products kita nanti - make it count.


Antara strategy kita kena fikirkan:


  1. Berapa kerap nak post?
  2. Apa yang kita nak post?
  3. Apa CTA kita nak guna?


Saya nak bagi jujur dekat awak nah. Tak ada satu orang, tak kisahlah guru dari gunung Himalaya ka, yang boleh bagitahu awak kena buat apa dan macam mana.


We can all just share best practices. Saya tak tau lifestyle awak, kerajinan awak, tone awak dan macam-macam lagi. Awak kena identify semua itu dan stick to it!


Summary & Final Notice

Social media is NOT just a platform to connect people who know each other. Ia sekarang satu platform yang hubungkan dua orang yang tak pernah kenal satu sama lain, tapi boleh berikan duit dekat the other untuk something.


Powerfulnya platform yang dinamakan media sosial ini. 4 benda saya share ini ialah apa saya sendiri gunakan. Saya tak akan share apa saya tak tahu atau apa saya tak gunakan.


Speaking of sharing what I know, saya nak buat satu webinar (berbayar) tak lama lagi. Saya ada buat poll dekat X, hasilnya ialah ramai nak tahu A-Z cara buat digital products.


Saya tak sempat nak setup lagi landing page sebab saya plan nak buat 3 hari untuk RM17. Okay tak? Should be more than enough lah kot.


Plus saya tengah fikir lagi pasal tarikhnya. Nak buat 30hb malam, kang ada yang nak pergi tengok bunga api kan? So takpa, join waiting list dekat sini dulu.


Apa-apa pun jumpa next week!






Sekian,


Paeh Brian



YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.


The Side Hustle Playbook: Panduan lengkap dengan langkah secara step-by-step ini kongsikan cara sesiapa saja boleh buat duit online pertama dengan apa saja skill kita ada. Cuma RM7.99 sahaja!


Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.


Comments