Paeh Brian

All issues

SEKARANG CIKGU MENANG KE KAMU MENANG!?

Saya ingat lagi masa form 5 dulu, saya dilantik jadi pengerusi rumah sukan.


Kebetulan pulak ketua guru rumah sukan tahun tu pregnant. Memang jarang sangat dapat jumpa.


Ada satu insiden yang mengajar saya tentang satu prinsip sangat penting.


Pagi Isnin tu sebelum perhimpunan, cikgu saya datang jumpa saya.


"Lepas perhimpunan datang jumpa saya kejap ya". Habis saja perhimpunan, saya dengan kawan saya terus ke bilik dia. Dalam 10 minit kami tunggu, tapi dia tak ada.


Kami pun gerak dari situ dan pusing merata sekolah (abaikan part yang saya tak masuk kelas). Akhirnya kami jumpa dia dekat kelas form 1.


"Eh cikgu tunggu kamu tadi tak ada pun"


"Eh kami ada tadi cikgu, kami tunggu dekat sana"


"Eh takda, kamu tak datang pun tadi"


"Eh ada cikgu, kami tunggu cikgu dekat sana tadi"


...Cikgu saya senyap kejap...Saya dengar dia cakap dekat pelajar depan dia 'dia nak menang jugak tu'...


"SAYA DAH CAKAP KAMU TAK ADA SANA TADI - SEKARANG CIKGU MENANG KE KAMU MENANG?"


Saya tergamam. Saya mintak maaf dan dia mintak datang jumpa dia lepas rehat. 


Habis rehat, kami jumpa dia dan dia dapat tahu yang betul kami tunggu dia. Rupanya tak sempat selisih saja.


Bila teringat balik kejadian ni, ada satu principle saya belajar: know who you are talking to and talk using their language


Saya sepatutnya terima apa cikgu saya cakap masa tu. Mungkin tone saya tak kena, dan mungkin hari tu cikgu saya mood kurang okay, dia kan tengah pregnant.


Kejadian ni sangat apply dalam kita nak buat duit online dengan skill dan digital product kita. 


Bila kita tahu dengan siapa kita nak bercakap, kita akan tahu apa kita patut cakapkan dan cara kita patut cakapkannya.


Barulah orang akan nak beli dengan kita.


Sebab tulah dalam panduan The Side Hustle Playbook, saya berikan skrip yang saya sendiri gunakan untuk dapatkan pelanggan pertama awak. Just ambil, edit dan guna.


Panduan ni cuma RM7.99 sahaja - lengkap dari A-Z. KLIK SINI UNTUK INFO PENUH.






Sekian,


Paeh Brian

Share
Get the next issue in your inbox
Free, and you can unsubscribe any time.

0 comments

More issues

All 129 →
#54 Aug 19, 2024

3 Tahun Dekat Bazar Ramadan, Satu Benda Ini Melekat Sampai Hari Ini

Read issue →
#53 Aug 19, 2024

Kenapa Kerja Awak Sekarang Ialah Peluang TERBAIK Untuk Buat Side Income

Read issue →