Ini sebab kenapa awak masih tak boleh jual skill awak dan buat duit online

Oct 28, 2024 1:40 am

Last year saya decide untuk buat satu keputusan yang drastik. Sejak 2018, saya asyik sembang pasal Facebook Ads saja - saya dah jadi sangat boring dengan topik yang boleh kata agak dry ini.


Saya decide untuk nak bina satu personal brand dan share cara untuk jual apa saja skill kita ada, based on pengalaman saya sendiri.


Dalam tempoh masa 1 tahun lebih sikit ini, saya nampak ada satu perbezaan yang super ketara antara those yang dah berjaya jual skill dia & buat duit online versus those yang dah cuba, tapi belum ada sebarang hasil.


Saya percaya kalau awak buat satu benda ini, awak akan nampak perubahan yang ketara dan silap-silap, you'll make your first RM1,000 cepat tak biaq.


Untuk sampaikan benda ini dengan lebih mendalam dan supaya awak faham reasoning disebalik konsep ini, saya nak share satu cerita:


How I Learnt This Concept

Zaman sekolah dulu, saya memang aktif sukan. Salah satu sukan yang saya akan hadir training, boleh kata setiap hari, ialah bola sepak.


Masa itu saya main position goalkeeper. Don't ask me how I did it dengan pakai spek mata bagai, it is what it is hahaha. Sepanjang 3 tahun saya main position itu, ada satu game yang mengubah kehidupan saya sampai hari ini.


Tak silap saya benda itu jadi tahun 2013 masa saya form 4. Sekolah kami terlibat dengan sukan premier - tournament yang melibatkan sekolah-sekolah cluster atau berprestasi tinggi.


Sepanjang tournament itu, saya memang tak perform...Dalam game yang saya cakap tadi itu, saya buat banyak mistakes - I mean A LOT. On the way balik dari tournament nak ke sekolah, cikgu saya cakap:


Tahun depan cikgu mungkin tak amik hang dah. Hang terlalu takut dengan bayang-bayang hang sendiri sampai hang tak konfiden.


Memang saya agak down masa itu, but it taught me a valuable lesson yang ubah mindset dan buatkan saya dapat perform sepanjang form 5:


Just believe in yourself.


Dalam hidup ini, tak ada orang yang akan boleh percayakan kita sama macam kita percayakan diri kita sendiri. People will say they believe, but do they really? DAN! Kalau kita tak percayakan diri kita, macam mana orang lain nak percaya?


Inilah konsep yang saya nak awak fahamkan dan implement setiap hari awak nak jual skill awak.


Implementing The Concept

Bila kita menjual skill kita, kita perlu yakinkan orang lain. Kalau kita sendiri tak yakin, mustahil and I mean, MUS. TA. HIL, kita boleh nak yakinkan orang lain.


Dalam content kita, dalam kita nak closing dekat WhatsApp, dalam sales page kita, semuanya perlukan kita untuk konfiden dengan apa yang kita ada.


Saya ingat lagi saya pernah sembang dengan someone yang ada experience 10 tahun lebih dengan skill dia, yet dia rasa yang tak ada orang boleh dapat manfaat dari skill dia itu.


Why? You have the experience, you have the knowledge. Semua itu bermakna untuk someone out there.


Now saya faham. I've been there banyak kali dah. Rasa nak put out and offer based on skill kita, mulalah rasa kalau tak ada orang beli macam mana, kalau orang kecam macam mana, kalau kawan-kawan cakap apa nanti macam mana.


Kan? Yeah, I get you friend. So saya ada come out dengan satu aktiviti untuk bantu awak. Setiap kali awak nak buat anything related dengan skill awak, be it buat content atau nak close the sale, tanya dalam diri awak:


• Adakah benda ini bantu/bermanfaat untuk aku dulu?

Bolehkah benda ini bantu WALAU seorang?


Dua soalan ini dah cukup. If it helped you, it can help someone else. And tak payah fikir pasal 100 orang, fikir about SEorang. One person. Why? Kalau awak boleh tolong 1 orang, awak boleh tolong 1,000 orang.


Summary & Final Notice

Confidence and self-belief itu sangat penting. Awak boleh ada the best funnel in the freakin world, an offer yang Alex Hormozi buatkan, tapi kalau awak tak yakin nak jual, akaun bank masih akan tulis RM0.00.


To end today's email, saya nak share satu quote yang saya terpikiaq tadi:


With conviction, comes confidence


Percayakan diri awak, barulah akan hadir rasa konfiden itu. Believe yang awak boleh bantu at least one person and that awak pernah bantu diri awak dengan skill awak sebelum ini - you are on your way.


Apa-apa pun jumpa minggu depan!






Sekian,


Paeh 'full with conviction' Brian





YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.


Panduan Sell Your Ebook: Panduan step-by-step cara untuk tulis, lancar dan jual ebook awak sendiri dan buat RM1,000 pertama dalam masa 30 hari akan datang berdasarkan apa saja skill yang awak ada.


Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.


Private Coaching Program: 90 minute session plus 30 days monitoring untuk saya bantu awak hasilkan offer & funnel awak berdasarkan apa saja skill awak ada untuk awak mula buat RM5,000/bulan (boleh bayar 3, 6 atau 12 kali via SPayLater)


Comments