Macam Mana Skill Excel Buatkan Wanita Ini $2 Juta Setahun

Nov 04, 2024 2:01 am

Bayangkan awak boleh buat 6 angka SEHARI hanya dengan kongsikan skill yang awak dah ada. Impossible? Itulah yang Kat Norton, atau Miss Excel, buktikan! Dia berjaya transform kepakaran dia dalam Microsoft Excel (yang ramai anggap 'boring') kepada empayar bisnes, hanya dengan platform TikTok.


Jom kita deep dive rahsia kejayaan Kat dan fahamkan macam mana awak pun boleh capai financial freedom dengan skill awak sendiri.


Kat Norton ni cikgu Excel yang memang bersemangat gila bab mengajar. Tapi, dia rasa macam ada something missing dalam hidup dia. Macam, "Okay, aku suka mengajar, tapi mesti ada cara yang lagi best nak kongsi ilmu aku ni..." 


Tapi, dia pun tak tahu nak buat apa. Dia pun mula la cari jawapan, buat 'inner work', meditation semua tu. Tengah syok cari diri sendiri, dia terjumpa TikTok. Masa tu, TikTok tengah 'hype' gila kan? Dia pun dapat idea bernas, "Haa, apa kata aku ajar Excel kat TikTok, tapi dengan cara yang fun dan tak boring!"


Tapi, masalahnya dia ni zero experience buat video. Handphone pun iPhone lama je. Dia pun buang je la rasa malu tu, terus start record video pertama dia.


Dengan gaya dia yang ceria plus cara mengajar yang unik, video-video Kat ni cepat je viral! Bayangkan, dia ajar formula Excel yang kompleks tu jadi mudah gila faham, siap dengan tarian-tarian pelik lagi! 


Tapi, dia tak expect pun video dia akan sampai kat CEO syarikat IT! CEO tu pun kagum gila dengan kreativiti dia. Jadi, Kat pun grab la peluang tu untuk launch kursus Excel online dia sendiri.


Gila tak gila, dalam masa 2 bulan je, income dia dah lebih tinggi dari gaji cikgu dia weh! Tapi, masa tu dia still kerja lagi, takut nak resign. Jadi, lepas fikir masak-masak, dia pun nekad berhenti kerja! Fokus 100% kat bisnes dia.


Kat ni memang percaya yang 'energy' dan 'authenticity' tu penting gila. Dia tak try hard nak jadi orang lain, just be herself je. Dia gabungkan elemen professional dengan 'fun' dalam content dia.


Tapi, dia tak fokus kat kuantiti, dia utamakan kualiti. Hasilnya, dia berjaya bina following yang setia dan percaya kat dia.


Summary & Final Notice

Apa yang kita boleh belajar dari Kat Norton ni?


Pertama, jangan takut untuk start small. Mulakan dengan apa yang kita ada, contohnya kongsi ilmu kat media sosial. Buat video simple pun takpa, janji konsisten.


Kedua, kena rajin belajar dan improve diri. Cari ilmu baru, upgrade skill, dan sentiasa up-to-date dengan trend terkini. Ketiga, jangan mudah putus asa. Jatuh bangun tu biasa, yang penting kita bangkit balik dan teruskan perjuangan. Kalau Kat Norton boleh berjaya, kita pun boleh!


Apa-apa skill yang awak ada, jangan sia-siakan! Manfaatkan teknologi dan platform online untuk jana pendapatan. Mungkin awak pandai masak, pandai jahit, pandai main gitar, pandai makeup, apa sahaja! Kongsikan bakat awak dengan dunia. Mana tahu, awak boleh jadi lebih berjaya dari Kat Norton!






Sekian,


Paeh Brian


YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.


Panduan Sell Your Ebook: Panduan step-by-step cara untuk tulis, lancar dan jual ebook awak sendiri dan buat RM1,000 pertama dalam masa 30 hari akan datang berdasarkan apa saja skill yang awak ada.


Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.


Private Coaching Program: 90 minute session plus 30 days monitoring untuk saya bantu awak hasilkan offer & funnel awak berdasarkan apa saja skill awak ada untuk awak mula buat RM5,000/bulan (boleh bayar 3, 6 atau 12 kali via SPayLater)



Comments