Kenapa Kerja Awak Sekarang Ialah Peluang TERBAIK Untuk Buat Side Income
Aug 19, 2024 2:01 am
"Kalau kau nak buat bisnes, kau kena all out - berhenti kerja kau!". Those were the words yang saya dengar keluar dari seorang 'guru' saya follow 7 tahun lepas. Masa itu saya baru awal 20-an, memang terpengaruh jugak!
At the time, saya masih belajar dekat uni. I was making anywhere from RM1,500-RM5,000. Banyak lah untuk pelajar uni, in fact untuk orang yang bekerja atau orang dewasa in general pun, jumlah yang banyak itu.
Banyak kali saya terfikir nak berhenti belajar - all in dengan 'bisnes' saya. Tapi hari ini saya boleh cakap, saya bersyukur saya tak berhenti.
Dan hari ini jugak, saya nak sharekan kenapa awak tak perlu berhenti kerja awak, plus tunjukkan yang kerja awak itu satu pintu kepada side income bulanan.
The 'Quit Your Job' Narrative
Saya yakin awak pun pernah baca atau tengok orang dekat social media suruh kita berhenti kerja kalau kita nak berjaya dengan buat duit online atau bisnes secara general.
I'll be honest with you: saya 100% tak setuju. Ada 3 sebab utama:
1. Risikonya tinggi dan ramai tak nampak
Bisnes ini ada risiko, ada macam-macam halangan (tak kira lagi dengan yang pergi jumpa bomoh bagai), any day can be the final day.
Saya tak nafikan, apa dorang cakap tentang 'nanti tak boleh fokus' atau 'susah nak bahagi masa' itu ada betulnya, tapi kita hidup dekat abad ke-21, penuh dengan tools, automations dan terbaru - Artificial Intelligence atau AI.
Gone are the days yang mana kita kena mengadap laptop 24/7. Sekarang ini semuanya tekan tekan, set and forget. Langsung tak memerlukan kita untuk tinggalkan kerja kita ada.
2. Ia ambil masa untuk betul-betul meletup
Walaupun dengan adanya social media, tak semudah itu untuk kita terus dapat buat duit. Hampir semua orang dan kucing dorang, buat content dan ada bisnes online.
Saya tak nak cakap pasal competition, sebab sentiasa ada ruang dan peluang untuk sesiapa saja - tapi apa yang lebih penting ialah the fight for trust. Zaman sekarang, kita berada dalam satu game yang mana siapa lagi banyak dapatkan trust orang, dia akan kaya & berjaya.
Tapi nak dapatkan kepercayaan orang itu, sama macam kita nak menabung. Kita kena masukkan duit setiap hari untuk akhirnya nanti dapat pakai duit itu - sama macam nak dapatkan kepercayaan orang, kita kena bina dan berikan value secara konsisten dulu, barulah orang akan beli dari kita.
It takes time.
3. Cinta dan passion kepada kerja kita
Tak semua orang bencikan kerja dorang. Saya sendiri sukakan dan sangat passionate dalam kerja saya sebagai pensyarah, walaupun sambilan. Setiap pagi saya bangun, saya terfikirkan moments yang akan berlaku dan akan kekal sebagai sejarah bila habis saja hari.
Bila adanya naratif yang sangat memukau, orang yang passionate about his or her job, terpengaruh untuk berhenti kerja. Dan akhirnya, dorang mungkin tak dapat berjaya pun sebab dah hilang benda yang keeps them going.
Why Your Job is Gold
Ramai orang tak nampak yang kerja dia sekarang ini, satu batu loncatan (cubalah sebut ulang-ulang boleh tak xD) untuk mula buat duit online.
Kalau awak akauntan, skill awak itu boleh awak jual.
Kalau awak banker, skill awak itu boleh awak jual.
Kalau awak technician, skill awak itu boleh awak jual.
Awak dibayar sekarang ini untuk gunakan skill awak ada itu, betul tak? Kalau company atau boss sanggup bayar awak untuk skill itu, bukan kah itu bermaksud ada orang lain yang sanggup bayar jugak.
You just need to find that 'orang lain'.
Plus, bila kita gunakan sesuatu yang kita dah memang tahu, lebih cepat dan selamat untuk kita buat duit.
Imagine kalau kita akauntan, kita nak buat bisnes kosmetik yang kita have zero knowledge about, it'll take months and mungkin years untuk betul-betul faham.
Fokus pada apa kita memang dah tahu.
Summary & Final Notice
Don't quit your job. Supplement it. Ramai orang yang berbut nak cari kerja, and here we are nak lepaskan macam itu saja.
Kekalkan safety net kita ada, tapi dalam masa sama cari peluang secara online.
Kalau nak tahu cara nak start, saya recommend The Side Hustle Playbook. RM7.99 untuk korek 7 tahun pengalaman saya ada - macam bayar RM1.00 untuk 1 tahun pengalaman. (scroll ke bawah untuk dapatkannya)
Apa-apa pun jumpa minggu depan!
Sekian,
Paeh Brian
YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.
The Side Hustle Playbook: Panduan lengkap dengan langkah secara step-by-step ini kongsikan cara sesiapa saja boleh buat duit online pertama dengan apa saja skill kita ada. Cuma RM7.99 sahaja!
Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.