Kalau Rasa Susah Nak Buat Orang Beli, Baca Ini
Sep 09, 2024 2:00 am
About two years ago tak salah saya, lecturer saya dekat uni ada pasang satu video. The video was about a musician yang main dekat metro station @ station keretapi bawah tanah.
Musician itu main violin dan memang music dan melody yang dia mainkan, sedap kita dengar. Bila ada orang lalu lalang, orang akan masukkan duit donation. Habis hari, dia dapat kumpul about $32.
But little do they know (dan masa itu pun I have no clue siapa mamat itu hahaa), musician itu ialah Joshua Bell. Joshua Bell ini, one of the best musicians in the world. Dia pernah mainkan satu music pieces yang bernilai $3.5 million.
Dua hari sebelum dia buat experiment dekat metro station itu, dia perform dekat theater yang full house dengan setiap satu tiket average dalam 100 dollar.
Now kenapa saya open newsletter hari ini dengan cerita ini? Most people ingat dengan berikan free value semata-mata, orang akan hargai dan akan bayar kita. In fact, kaki benda percuma dan pembeli, 2 orang berbeza.
Tapi tak bermaksud, kita tak perlu bagi anything for free. Kita still kena do that sebabnya, dengan benda percuma inilah orang akan dapat rasa powernya skill kita ada - ibarat tester nugget dekat shopping mall yang awak ulang-ulang amik itulah (it was me, I was the one who did that...).
Cuma bila kita asyik bagi macam itu saja, bila mai masa kita nak berikan paid offers, kita akan rasa susah. Macam mana nak convincekan our audience to pay us? Itu yang saya nak sharekan hari ini and semuanya bermula dengan Jambatan Pulau Pinang.
Tip #1
Kalau awak orang Kedah macam saya atau awak pernah mai sini, awak mesti tau yang untuk nak ke Penang sebelah pulau (orang lama panggil tanjong), kita kena lalu atau guna Jambatan Pulau Pinang.
Dekat sini, ada banyak makanan yang berasal dari Penang macam Pasemboq, Nasi Kandaq dan macam-macam lagi. Ingat, saya orang utagha, so saya boleh tukaq 'r' jadi 'q'...Moving on...
Saya dah rasa makanan orang Penang dekat Kedah, tapi saya nak rasa apa lagi makanan orang sana yang tak ada dekat sin i- so saya kena pi sana.
Makanan Penang yang saya memang dah makan dekat sini ini ibarat free things yang awak bagi dekat audience awak dan makanan yang lebih mendalam, specific ada dekat sana saja itu hasil atau destinasi yang saya nak - hanya boleh capai kalau dia gunakan Jambatan Pulau Pinang, in your case, your paid stuff.
Untuk membolehkan awak tawarkan Penang Bridge itu, awak kena faham dulu hasil atau destinasi yang orang nak. Bila dah faham benda ini, maka mailah tip yang kedua which is nak pi naik apa?
Tip #2
Dari Kedah nak ke Penang, ada macam-macam cara untuk travel. Dari darat, udara dan sampailah ke lautan.
Yang membezakan setiap satu method of travel ialah time. Kalau kita nak cepat, kena bayar mahal. Kalau tak kisah cepat atau lambat, boleh jimat.
The same thing macam tawaran berbayar awak nak buat dekat audience awak. Orang zaman sekarang ini dah sedar tentang pentingnya masa dan tak kisah untuk spend a bit of money to save time.
Masa saya study dekat Palam dulu, boleh kata setiap kali nak balik sana mesti train penuh. Sakit hati jugak but it is what it is lah.
Awak kena conveykan dengan jelas, how it saves them time and why is it worth sekian sekian harga awak letak. Even better kalau awak boleh create multiple offers untuk setiap harga.
Summary & Final Notice
Kalau awak gunakan 2 cheatcode ini, awak akan boleh convice audience yang asyik dapat benda free saja untuk beli something daripada awak.
Bila awak dah buat repeatedly, awak akan nampak yang sebenarnya nak buatkan orang bayar kita ini tak sesusah yang kita sangkakan.
Cuma sekarang, macam mana awak nak hasilkan the offer itself, kan? There's a lot of resource dekat Google dan ChatGPT pun ada jawapan dia.
Tapi kalau awak nak bantuan dari saya dan nak saya tolong susunkan untuk awak, I have great news untuk awak. For the first time ever, saya nak bukak coaching program khas untuk penjual skill.
Secara ringkas, kita akan meet up virtually selama 90 minit dan kita akan susunkan tawaran terbaik awak boleh hasilkan dan cara awak boleh launch dengan cepat. Ada a few more things saya akan bagi.
Untuk September, saya nak bukak 5 slot saja - INFO DEKAT SINI
Apa-apa pun, jumpa minggu depan!
Sekian,
Paeh 'duduk Kedah tapi kadang cakap KL' Brian
YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.
The Side Hustle Playbook: Panduan lengkap dengan langkah secara step-by-step ini kongsikan cara sesiapa saja boleh buat duit online pertama dengan apa saja skill kita ada. Cuma RM7.99 sahaja!
Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.