Apa Khairul Aming Boleh Ajar Kita Tentang Menjual Digital Products
Sep 02, 2024 2:00 am
Baru-baru ini saya timbul satu niat nak beli Sambal Nyet Khairul Aming. Orang semua cakap sedap, tengok sana sini orang share dekat socmed - saya pun jeles jugaklah, left out of the bandwagon.
Jadi saya buka Shopee dan cari "Sambal Nyet". Apa saya nampak lepas itu memang saya terkejut.
No, bukan the fact yang ianya sold out, tapi the fact yang lebih 2.6 juta unit dah terjual. Jumlah itu lagi banyak daripada jumlah penduduk negeri Perak (2.4 juta). Ini memang bukan very demure, ini level amazing!
And then masa itulah saya terfikir; apa sebenarnya yang KA buat sampai boleh buat jualan macam itu?
Lepas saya research beberapa jam, saya nampak 3 benda yang KA buat dan kita boleh tiru untuk jual skill dan digital products kita.
#1: Give First, Sell Later
Kalau kita tengok kisah Khairul Aming, kita akan baca yang dia ambil masa beberapa tahun sebelum mula untuk jual produk dia sendiri.
Dalam tempoh masa itu, dia bagi bagi dan bagi, akhirnya dia minta. Konsep ini sama macam jab, jab, jab and right hook by Gary Vee. A good book, boleh cari dekat Kinokuniya (not sponsored...yet!).
Bila kita baru nak bina nama, a presence for ourselves, sebaiknya kita bina trust dan credibility dulu. Masa saya nak launch buku Sell Your Skill bulan Mei 2023, saya mula munculkan diri bulan Februari sebelum itu. Dalam masa 4 bulan itu, saya memang bagi dan bagi dan akhirnya, baru saya minta.
BUT! A huge but here...it depends juga dengan situasi awak. If you reaallyyy need the money, tak ada masalah untuk jual terus skill awak itu. Cumanya, kurang sesuai untuk buat digital product, better untuk buat service.
#2: Innovate to Improve
Cuba awak pi balik kepada tahun 2018 (weh lebih kurang 6-7 tahun dah noh, sat saja masa berjalan), awak boleh tengok video pertama yang still ada dekat IG dia yang dia buat berkaitan resepi memasak.
Quality biasa. Setup biasa. Tapi kalau compare dengan quality, setup, audio dan everything regarding video yang dia output hari ini, memang jauh beza.
And that is one thing kita kena implement untuk diri kita. Every day, kita kena find ONE thing kita boleh improve. Ubah sini sikit, sana sikit. Lama-lama, kita akan boleh sampai dan jadi pada tahap jauh lagi tinggi.
#3: Build Great Things
Bila kita search dekat Google, rata-rata orang akan puji Sambal Nyet dan Daging Dendeng Khairul Aming. Of course akan ada yang tak beli pun still kutuk macam-macam, itu memang lumrah manusia. Haters gonna hate.
Tapi kalau dah majoriti cakap bagus, mesti ada something dekat situ kan? And that something is the product itself. Bila kita build something yang orang akan consume, kita kena pastikan benda itu bagus.
Bila benda itu bagus, orang sendiri yang akan promote dan talk about which leads to this never ending cycle of 'weh beli produk dia, produk dia bagus'.
Ramai yang mintak saya review digital products depa. Bila saya tengok, memang boleh determine super quick yang benda itu tak bagus. Saya akan tanya 3 soalan saja, konfirm akan dapat jawapannya:
- Who is it for?
- What problem does it solve?
- What will I get after I've done reading it?
Kalau kita tak boleh jawab dengan cepat dan clear, go back to the drawing board and re-do our digital product. Tak make sense untuk kita start jual.
Summary & Final Notice
Saya boleh summarizekan sharing saya hari ini kepada 2 benda:
- Saya masih lagi tak dapat sambal nyet saya, asyik sold out - so awak boleh stop beli dan bagi chance dekat saya pulak.
- Kalau kita follow proven model yang Khairul Aming dah lay out dekat kita, susah untuk kita fail.
3 benda yang KA buat ini memang kita boleh nampak dekat 99% of successful people. If they do it and they're successful, kenapa kita tak tiru saja?
Now cakap pasal tiru, what I mean is tiru cara dia bekerja, concept dia bawak, bukan tiru produk dia dan jadi the next KA. The world dah ada KA, tapi the world tak ada lagi YOU.
Congratulations, you've now leveled up. See you next week for the next cheat code.
Sekian,
Paeh 'cheat code' Brian
YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.
The Side Hustle Playbook: Panduan lengkap dengan langkah secara step-by-step ini kongsikan cara sesiapa saja boleh buat duit online pertama dengan apa saja skill kita ada. Cuma RM7.99 sahaja!
Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.