Peguam

Nov 17, 2021 1:11 pm

Berhak Pilih Peguam Dalam Urusan Loan Documentation dan SNP?

-------------------------------------------------------------------------

Kami di Tetuan Nur Maidin & Co sentiasa dapat soalan popular ni.


"Puan , bank cakap tak boleh ambil legal firm lain . Kena ambil legal firm yang mereka tunjuk tu je. Betul ke puan?"


Baik , saya ingin terangkan sedikit silap faham berkenaan 'kena pilih peguam bank sahaja".


Secara ringkas , dalam transaksi jual beli rumah ni ada dua lah urusan yang utama .


Pertama- Urusan Pinjaman Dengan Bank (bahasa ringkas : Loan Documentation)


Kedua- Urusan Mendaftarkan Rumah daripada Penjual Kepada Pembeli ( Sale n Purchase- SNP , MOT etc)


Okay ..fine.


Memang dah jadi praktis bank untuk hanya pilih firma guaman yang berdaftar sebagai panel mereka sahaja. Walaupun hakikatnya yuran guaman itu di bayar oleh Pemimjam. Why? Few security reason seperti di bawah :


1) Bank akan pilih firma guaman yang ada insurance at least 4 juta ke atas sebab kalau peguam kantoi- pembeli boleh dapat pampasan dari professional Insuran peguam peguam ni.


2) Konon-kononnya firma peguam yang dipilih sebagai panel ni memang terbukti cekap , amanah, jujur and you name all the craps they could give.


Adakah benar ?


Yang alasan no 1 tu benar. Kena pastikan peguam tu ada insurance bagus supaya kalau ada masalah dengan loan sebagai contoh, peguam jadi stake holder lepas tu bawak lari duit setelah disburse dalam akaun. Naya nak cari mana. So dengan insurance boleh claim.


Alasan no 2 itu boleh dipertikaikan. Kadang-kadang legal firm yang jadi panel ni banyak sangat file sampai ada kecuaian dan kekurangan. Ini tak dapat lari kalau file beratus-ratus sehari- ada cabel kuat dalam bank. So kena pandai-pandai pilih firma guaman. Silap pilih firma guaman untuk handle loan documentation- meranalah macam saya sendiri.


Okay okay . Fakta. 


Seseorang pemimjam masih boleh cari firma panel bank tersebut mengikut pilihan peminjam tersebut. Sebagai contoh firma A dan B adalah firma guaman panel bank XY. Tapi pegawai bank XY mati-matian nak pemimjam sign surat perlantikan firma guaman A . Adakah pemimjam boleh pilih firma guaman B?


Of course ,Boo. Don`t be fooled. Ia adalah satu hak kepada pemimjam untuk pilih firma guaman mana dengan syarat ia adalah panel kepada bank tersebut.


Jadi buat lah market research dulu. Tengok review yang genuine dalam google. Bukan review pakai akaun alt and puji diri sendiri. Cuba call dan analisa respond dari firma tersebut. Kalau macam bunyi penat je..bunyi macam tak nak layan je..staff macam tak bermotivasi ke...fikirlah sendiri. 


Right.


Now , persoalan no.2 berkenaan pemilihan peguam untuk buat SNP dan MOT - katakanlah anda ada firma pilihan hati yang bagus tapi bukan panel bank tersebut. Boleh tak boo pilih firma guaman berasingan untuk buat SNP dan MOT dan pendaftaran? 


Allahurabbi. Boleh sangat comey weh. 


Itu adalah hak anda sebagai pembeli. Bukan hak penjual. Kerana apa? Kerana anda yang akan menanggung kos peguam. Peguam yang dibayar oleh pembeli SEPATUTNYA melindungi hak pembeli. Bukan melindungi hak developer atau penjual. Faham situ?


Namun selalunya terjadi , developer atau penjual bagi this crappy myth - "Oh kita dah ada peguam. Semua yuran guaman ditanggung oleh kami. Pakai peguam kami sahaja". (padahal dah serap dalam harga rumah..ngeh ngeh.."


Itu prosedur tak betul ye tuan puan developer dan penjual. Sila hadam. HAK MEMILIH PEGUAM BAGI PIHAK PEMBELI ADALAH HAK PEMBELI UNTUK PILIH.


Bahkah kalau pembeli nak draft sendiri SNP dan MOT pun boleh . Tapi kenalah dapat saksi peguam pada MOT. 


Gitu. Meh , tengok respond dalam comment.


Nurhidayaty Maidin

Tetuan Nur Maidin & Co

Cawangan Kuala Terengganu.

09-6220033

Comments