Tuan / Puan,
Salam sejahtera!
Kami ingin menjemput anda untuk menyertai larian Cancer Fun Run 2024, anjuran bersama Persatuan Penyelidikan Kanser Malaysia (MACR) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
Larian ini menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama berjuang menentang kanser di samping penyelidik yang berusaha menjalankan kajian bagi memajukan penjagaan kanser.
Butiran larian adalah seperti berikut:
Tarikh : 7.30 PAGI, 13 Oktober 2024
Tempat : Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Aktiviti selepas larian termasuk pemeriksaan kanser PERCUMA daripada 10.00 pagi hingga 1.00 petang dan cabutan bertuah. Slot adalah terhad dan akan dibuka kepada wanita berumur 30-60 tahun atas dasar siapa cepat dia dapat.
Pendaftaran dibuka sekarang dan akan ditutup pada 13 Ogos 2024. Untuk maklumat lanjut tentang larian dan cara pendaftaran, sila rujuk poster yang disertakan atau layari laman web kami (https://macr-cancer.org/?page_id=956).
Terima kasih.
Yang ikhlas,
Jawatankuasa Pengelola
Mengenai MACR
MACR berhasrat untuk menjadi persatuan terkemuka dalam penyelidikan kanser di Asia Tenggara serta platform rentas sempadan untuk penyebaran penyelidikan berkaitan kanser.
Mengenai FRIM
FRIM ialah tapak warisan negara dan pusat penyelidikan perhutanan tropika yang diiktiraf di peringkat global.
0 comments