Cara Tetapkan Goals Yang Betul Untuk Side Hustle Kita
Oct 07, 2024 2:01 am
Imagine awak dengan family tengah drive ke satu kawasan yang baru, memang awak tak pernah dengaq kewujudan dia sebelum ini.
Apa benda pertama awak akan buat?
Kalau awak macam saya, kita akan identify tempat mana kita nak pi and then kita akan cari location guna Google Maps. Google Maps itu jadi peta untuk kita sampai ke satu destinasi..
Sama macam perjalanan itu, side hustle atau online business kita memerlukan satu destinasi atau goal untuk memastikan kita tahu where we are going.
Hari ini saya nak share my take on this, macam mana saya buat dan how you can do this too.
Kenapa kita perlukan matlamat?
Satu-satu benda itu bergerak apabila adanya daya tarikan atau tolakan. That is Newton's First Law of Motion. Apa saja kita buat dalam dunia ini, perlukan satu daya untuk pastikan ia bergerak.
And this applies to our side hustle jugak. Bila tak ada benda yang 'menolak' kita, 99.999% of the time, kita tak akan rasa nak buat. Masa sekolah dulu, kita cuma siapkan kerja sekolah dengan 2 sebab:
• Kita nak skor exam sebab kita suka cikgu
• Kita nak skor exam sebab kita takut dengan cikgu
Rasa suka dan takut itulah 'push factor' yang menyebabkan kita boleh capai goal kita which is skor exam.
Cara tetapkan matlamat kita
Sejujurnya saya tak pandai sangat nak share pasal benda ini, tapi sebab ramai jugak yang tanya so why not, kan? What could possibly go wrong? (sejujurnya everything could go wrong so tolong hati-hati hahaa!)
Personally, saya akan tetapkan 2 jenis goals:
• Short-term: Saya nak capai in the next 6-12 months
• Long-term: Saya nak capai dalam 3-5 years
Cara saya tengok 2 benda ini ialah short-term bantu kita dapatkan momentum/motivasi, long-term bantu kita kekal konsisten.
Macam saya sendiri:
• Short-term: 15K followers dekat Twitter, smartphone baru
• Long-term: Kereta baru, 10K YouTube subs
Kenapa Twitter followers short-term dan YouTube subs long-term? Satu benda ini yang membezakannya.
Cara bezakan jangka pendek vs panjang
Kalau awak tengok profile Twitter saya sekarang, saya ada lebih kurang 11.1K followers. Nak capai 15K followers, sepatutnya tak amik masa yang lama - unless saya malas.
Bila awak tengok YouTube channel saya, baru ada 1.5K subcribers (sebab awak belum subs lah!), nak capai 10,000 subscribers itu jauh lagi.
The key factor ialah being realistic. Ramai orang letak target nak buat RM10,000/bulan, tapi RM1,000/bulan pun belum pernah cecah. Tak salah letak target tinggi, tapi it must be a long-term target.
Masalahnya ialah orang letak long dekat tempat short, and dia basically belum pernah start lagi pun. Be realistic, akan bantu kita kekal motivatied dan tak gila.
Ada jugak orang recommend untuk letakkan dekat long something yang meninggalkan legacy and for short, something yang case-based. To be honest benda ini subjective.
Yang nak buat, yang nak kejaq cita-cita kita itu. Terpulang dekat kita apa yang kita nak letakkan. Cuma, again, be realistic supaya tak pancit awal.
Summary & Final Notice
Hopefully perkongsian saya hari ini akan bantu awak lebih kekal motivated dan boleh capai apa awak nak capai. Jangan takut nak tulis apa awak nak, it is not a sin to want things. Orang lain cara orang lain, kita cara kita.
Sebab itu saya sangat tekan tentang 'buat apa kita suka'. For decades, orang cuma buat apa yang orang lain cakap is good for them - but no longer! Kita akan ubah the game, and we will win it.
Speaking of game dan menang, saya ada berita baru yang padu! Sebelum ini saya ada lancarkan buku Sell Your Skill, which sekarang ini dah pun sold out dan mungkin saya akan restock bulan depan.
But ramai pulak yang dah tanya. Jadi saya ingat nak buat something special! Sekarang ini saya akan tukarkan Sell Your Skill dari buku fizikal kepada digital dan kalau buku dulu harganya RM39, versi digital cuma RM7.95 sahaja!
Awak boleh DAPATKAN DEKAT SINI.
Apa-apa pun see you next week!
Sekian,
Paeh 'motivated by goals' Brian
YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.
Ebook Sell Your Skill: Panduan lengkap untuk ketahui step-by-step untuk mula menjual skill awak ada dan capai RM1,000 pertama online dengan framework 5S yang awak boleh copy & paste - cuma RM7.95 sahaja.
Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.