Saya hilang arah tuju dan tinggalkan segalanya...

Aug 02, 2025 12:34 pm

If you don't like the road you're walking, start paving another one - Dolly Parton


This was a hard email to write. Serius cakap, ambil masa jugak untuk saya tulis dan nak hantar dekat awak.


But I figured, apa lagi cara terbaik untuk awak belajar kalau tak dari kesilapan saya? Okay bunyi macam pelik, tapi faham kan maksud saya? Please? Hahaa.


The past 2 months, saya 'gave up' everything. Semuanya. Dari content, newsletter sampailah membership saya. Bukan sebab saya nak, tapi sebab terpaksa.


Kalau awak tak tahu, bulan Januari lepas saya start satu kerja baru. My dream job - being a lecturer. Jangan salah faham, it is fun. Every single day, saya sangat looking forward untuk masuk kelas dan mengajar.


Cuma one simple detail saya tak cerita: saya mengajar dekat universiti swasta. Sebelum ini, saya pernah jadi part-time dekat uni kerajaan. Sangat berbeza. Boleh kata langit dan bumi.


I needed some time untuk betul-betul sesuaikan diri. Dalam tempoh saya nak sesuaikan diri tadi, saya tinggal habis semua benda. Nak tweet pun jadi malas, nak tulis newsletter pun rasa macam satu beban.


Even nak scroll social media sendiri pun saya jadi tak kuasa. The only thing on my mind was working and I became what I hated...a workaholic...


Hari yang tak perlu pergi kerja, saya pergi. Tak ada orang suruh pun. I felt like I needed to prove something. And I did that. I proved myself wrong...


Dalam tempoh 2 bulan yang lepas, saya sedar satu benda penting: saya boleh buat semuanya, tapi bukan semuanya. Maksudnya?


Sebenarnya boleh saja kita nak buat semua benda tapi untuk nak buat semua benda, sebenarnya perlukan kecekalan dan kemampuan yang tinggi. Tak semua orang boleh - termasuklah saya.


In order to solve that problem, saya ambil masa 2 minggu lebih dan mula fikir. Saya fikir dan fikir dan fikir. Sampailah saya sedar, solusinya sebenarnya jauh lebih mudah dari apa yang saya expect.


Here's the truth:


• Saya bekerja dari 9-6

• Saya cuti Jumaat & Sabtu

• Saya ada digital business

• Digital business perlukan saya


Kalau kita connect the dots dari belakang, saya cuma boleh ada dengan bisnes saya lepas 6.00 PM atau Jumaat & Sabtu. Simple, kan?


Tapi kita faktorkan pulak family time, time with friends dan self-leisure - nak letak mana semua? So back to the drawing board I go...


Mulalah satu fasa yang mana rasa macam nak tutup laptop dan just lay on the bed. And then it hit me:


Can I simplify a few things?


The answer? Mestilah! Bila saya list balik everything I was doing, I was doing too much things at one time.


I wanted to be everywhere. YouTube. Twitter. Threads. TikTok. Facebook. Instagram. Dan saya nak buat semuanya sen di ri. Memang gila!


So here's why plan moving forward:


2x YouTube per month

3x Tweets per day

1x Newsletter per week


And I'm keeping it a lot simpler jugak. YouTube video cuma akan ada 3 category of videos, tweets akan jadi lebih kepada my hot opinions and newsletter will be similar to YouTube.


Simple. Straightforward. Repeatable. Saya rasa last part paling penting. Benda yang boleh repeat, senang untuk kita buat.


Dalam erti kata mudah: I'm back!


Insha-Allah kali ini even better than ever. Dengan ada a new found believe dan jugak a new sense of purpose, saya akan buktikan yang sambil bekerja pun, kita boleh buat duit dengan apa saja kita tahu.


Okay this was longer than I anticipated, so saya nak tamatkan dengan satu pesanan ringkas.


Don't quit just because you felt like you've lost.


Quote that. Paeh, 2025 hahaha. In all seriousness, jangan mengalah. Keep fighting. Ada cahaya dekat hujung terowong dan hanya dapat awak tengok kalau awak terjah sampai habis.


With that said, see you next week!






Talk soon.

Paeh~




YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 8 tahun.


The Side Hustle Playbook: Panduan lengkap dengan langkah secara step-by-step ini kongsikan cara orang 9-5 boleh bina business 5 angka dengan apa saja kepakaran atau pengalaman kita ada. Cuma RM7.99 sahaja!


Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM29/bulan dan boleh cancel anytime.

Comments