How to WIN The Game of Content Monetization in 2025

Dec 30, 2024 2:01 am

Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita masuk ke 2025. Cepat. Sangat sangat cepat. Pejam celik saja, dah berlalu 365 hari.


Macam tahun-tahun lain, saya yakin awak ada azam baru untuk 2025. Saya tak tahu what it is. Tapi ONE of it should be: buat duit daripada content


Awak mungkin tak rasa yang awak 'creator', tapi selagi mana awak buat content dekat Internet, awak adalah creator. Perasan saya guna 'Internet' instead of 'social media'?


Benda ini tak terhad dekat socmed saja. Blogposts are content. Ramai orang lupa benda ini. Orang cuma ingat social media.


Now berbalik kepada tajuk newsletter hari ini. Saya nak share practical ideas and steps untuk awak menang the game of content monetization in 2025. Tak kisah audience awak besaq, atau kecik - you can WIN, and here's how;


Stop relying on brands & businesses.

Saya nak bagi wake up call sikit. Jangan bergantung pada orang lain. Yes. Jangan. Businesses dan brands tak pedulikan pasal saya atau awak. They only care about if we can deliver for them or tak.


Usually memang itu kesnya. Saya pun faham, awak pun faham. But the problem is bila kita tak dapat perform, even baru SE. KA. LI, dia akan buang kita tepi. Yes. Sangat kejam. Tapi itulah hakikatnya. The reality.


Jadi the first step to win? Berhenti bergantung dekat depa.


Create exclusive versions of your content.

Content awak letak dekat Internet is just the tip of the iceberg. Kalau awak suka memasak, share pasal resepi masakan orang bujan (rings a bell tak siapa?) and then pakejkan something related to that kepada exclusive version.


This can be an ebook, course or even a paid membership progam. Awak PERLUKAN benda ini. Kalau awak tak ada exclusive versions, the only way untuk awak monetize your followings ialah dengan? You've guessed it; paid reviews or sponsorships.


Saya create content sejak 2018. Posting dekat Facebook, share pasal Facebook Ads dan marketing in general. Saya tak pernah disponsor, tak pernah engage dengan paid reviews or sponsorships. Alhamdulillah, hidup.


Kena ubah perspektif sikit. Well banyak actually. Tapi kita start sikit demi sikit.


Build a clan, not a crowd

Kalau awak follow saya agak lama, awak tahu saya kaki game. Everything saya share, mesti ada some sort of gaming lingo to it. And this is one example.


Okay so build a clan, not a crowd. Awak pernah baca tak kes pasal an iunfluencer dengan 2.6 juta followers tapi tak dapat nak jual even 36 helai t-shirt? Pernah terfikir sebabnya? Simple; dia ada crowd, bukan clan.


Dalam a lot of games, awak akan bina clan; a community. Community SUPPORTS each other. Tolong menolong. Hang susah, aku tolong. Aku susah, hang tolong. Vice versa.


Bila kita nak monetize our content, support dari clan datang dalam bentuk shares, comments dan akhirnya duit. Saya follow a YouTube UK group called The Sidemen. Depa dah 11 tahun as a group. Disember 2023, depa buat £4,068,612 dari CLOTHING SAHAJA. Baju. Seluaq.


Itu kuasa clan. So build a clan, not a crowd.


Sell what you know, be YOU.

Ramai orang takut jadi diri sendiri. Heck, even myself pun kadang takut nak show my vulnerable side. We need to work on this. Untuk orang nak follow dan percayakan kita, kita kena jadi diri sendiri.


Untuk jadi sendiri, bermula dengan jual apa kita tahu. Yes I know. Saya dah ulang banyak kali. Nak buat macam mana, PEOPLE STILL SEEM TO NOT UNDERSTAND THE REASON TO IT.


Imagine awak dalam kelas dekat sekolah atau uni. Awak kena present dekat depan. Tajuk awak boleh pilih. Awak akan pilih;


A. Tajuk awak tahu

B. Tajuk awak tak tahu


99.99% akan jawab A - including me. The rest mungkin psychopaths atau jenis yang suka challenge, probably the former more hahaha. But why A? Sebab senang sebab awak dah tahu dan awak boleh jadi diri sendiri.


Same case here. Be you. Sell what YOU know. Trends datang dan pergi. Legacy stays. Become a legacy, not a trend.


Summary & Final Notice

To close today's newsletter, saya nak introduce a framework dekat awak. Framework ini akan jadi pillar kita for 2025. 2025, saya memang nak tolong orang macam awak. Sama ada awak baru nak buat mula, atau awak dah start tapi stuck. Follow framework ini;


Frameworknya;


• Discover

• Develop

• Deliver


Simple. 3 steps saja. Dalam buku baru saya nanti...eh sat tak pernah cerita lagi hahaha. Okay hujung January 2025, saya akan keluaqkan satu buku baru. Buku ini fokus pada paid membership dan recurring income.


A fun one. One yang saya akan go, insha-Allah doakan saya, global with. A long time dream of mine untuk jadi professional speaker. 2025 is the year. I can smell it. And of course support awak akan bantu saya.


And that's one last thing saya kena remind awak: follow your dreams. Saya tak peduli apa orang cakap. "Oh jangan follow passion, dream awak, semuanya tipu saja, awak nanti terluka".


Honestly, F them. Sorry for the language, tapi saya benci orang macam itu. I hate them with a passion hahaha. Siapa depa untuk habaq dekat kita yang kita tak boleh capai apa kita nak. Siapa? Who? Nobody. So just do it.


That's all for today. See you next week!






Sekian,


Paeh the dreamer Brian


YouTube Saya: 2x sebulan saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.


Hire Paeh Sebagai Speaker: Tahun 2025 saya akan berikan banyak masa untuk bercakap di atas pentas. Kalau awak nak jemput saya berikan talk atau sebagai speaker - boleh enquire rate saya dekat sini


Minisite Tool: All-in-One Wordpress tool untuk bina funnel dengan harga sangat gila - RM97 untuk LIFETIME. Tak perlu stres pasal web hosting dan plugins yang kosnya cecah 1.5K setahun! Tawaran akan tamat malam nanti! (affiliate link)


Comments