Risau Dengan Competitors? Ini Cara Untuk Menang
Sep 16, 2024 2:00 am
Salah satu benda yang ramai orang dok mai habaq kat saya ialah: "dah ramai orang buat apa saya buat Paeh, macam mana saya nak fight?"
I'll be honest, saya faham point of view awak. Saya sendiri pernah lalui dan terfikir benda yang sama masa saya mula-mula dulu. After doing this for 7 years, saya dah figure out a few things here and there.
One of the things ialah macam mana nak menang versus pesaing kita. Dia sebenarnya jauh lagi simple dari apa yang ramai orang fikirkan - kadang rasa macam terlalu simple pun ada hahaha.
Saya akan simplifykan kepada 3 soalan tapi sebelum kita masuk ke 3 soalan itu, kita nak patah balik zaman kita sekolah dulu~
Skill kita macam kelas dekat sekolah
Dalam satu-satu kelas, tak kisahlah sekolah SBP ka, sekolah dekat hujung kampung ka, mesti ada 3 golongan ini:
- Geng budak pandai: akan skor setiap exam
- Geng kaki ponteng: orang panggil KRS (kadet ronda sekolah)
- Geng anak emas: cikgu paling sayang, murid benci depa
Kalau awak baru pindah ke sekolah itu, dan awak diletakkan dalam mana-mana kelas itu, awak akan pilih gang mana awak nak jadi. But, masih lagi dalam satu kelas yang sama.
The principle here is that dalam skill kita pun, ada 'gang' atau cabang dia sendiri, walaupun masih dalam satu skill sama. Setiap skill, akan jatuh dalam cabang prosperity, well-being atau connection.
Kita ambil satu contoh untuk skill accounting:
- Prosperity: Jimat duit company
- Well-being: Tak stress sebab duit tersusun
- Connection: Hubungan antara co-workers makin baik
Benda ini terpakai tak kira apa saja skill yang awak ada. Now bila awak dah jelas bab ini, kita pi ke 3 soalan tadi.
The 3 questions
Who are you?
Kalau awak tengok most successful people macam Elon Musk, Mark Zuckerberg, Khairul Aming dan lain-lain, awak akan nampak sati benda yang sama depa semua buat:
A story.
Semuanya ada cerita yang diulang-ulang sampaikan orang pun boleh hafal. Mark dengan dibuang dari uni, Elon dengan PayPalnya dan KA dengan seorang engineer jadi tukang masak.
Dalam marketing, ada satu konsep: facts tell, stories sell. Orang suka beli dengan cerita yang depa dengar. Think about any experiences you have yang boleh diselitkan sebagai story.
Macam saya sendiri, saya yakin awak pernah dengar cerita pasal saya start dari bazar, buat servis fb ads dan akhirnya buat digital product.
Why you?
Dalam dunia ini, ada beratus orang yang buat benda yang sama macam awak. Jadi, why should anyone pick you? Itu the golden question untuk awak.
Kenapa awak pilih makan dekat kedai A instead of kedai B? Mungkin sebab kedai A ada banyak pilihan makanan.
Awak kena cari apa strong point awak. Mungkin awak ada process yang lagi mudah atau cepat (now you understand kenapa saya suruh buat your own process, kan?).
Kita kena bagi sebab untuk orang pilih kita dan kita saja. Let us be the only logical option.
Why this?
Bila awak dah hasilkan digital product, duduk kejap dan minum kopi. No, tak ada kena mengena dengan soalan ketiga ini pun, just that saya peminat kopi hahaa.
Bila dah siap digital product awak, awak kena letak diri awak dekat tempat pembeli dan fikirkan kenapa depa patut beli sekarang.
Dalam bahasa lain, make it more valuable. Dengan value ini, ada 3 cara saya suka gunakan:
- Bonuses: berikan bonus yang banyak untuk nampak berbaloi
- Testimonials: kalau ramai orang cakap bagus, mestilah bagus
- Limited: lagi susah nak dapat, lagi mahal tanggapan orang
Apply tiga-tiga sekali untuk the best effect.
Summary & Final Notice
Sebenarnya tak ada istilah terlalu ramai orang, cuma awak yang belum jumpa cara sesuai untuk awak lagi. Bila dah jumpa, awak akan cakap: 'oh ya lah, tak betul pun selama ini'.
Applykan semua ini dan awak akan menang versus competitors.
Kalau awak nak tahu lebih deeper pasal cara nak menang lawan pesaing, awak boleh dapatkan The Side Hustle Playbook. Basically, dia versi lebih mendalam dari apa saya share hari ini. Cuma RM7.99, dapatkan dekat sini.
Apa-apa pun, see you next week!
Sekian,
Paeh 'makin valuable' Brian
YouTube Saya: Setiap minggu saya akan upload video baru untuk sharekan secara percuma macam mana awak boleh mula buat duit plus knowledge dan input yang saya dah belajar dalam masa 7 tahun.
The Side Hustle Playbook: Panduan lengkap dengan langkah secara step-by-step ini kongsikan cara sesiapa saja boleh buat duit online pertama dengan apa saja skill kita ada. Cuma RM7.99 sahaja!
Next Level Circle: My private & exclusive membership program yang mana saya berikan penuh tumpuan untuk bantu mereka berikan impak dan buat duit. Cuma RM27/bulan dan boleh cancel anytime.