The ONE Thing Awak Perlu Untuk Buat Jualan Dengan Mudah
Dec 09, 2024 2:01 am
Kita hidup dekat dunia yang penuh dengan teknologi. Semuanya laju. Semuanya nak cepat. Dari apa segi pun, kita nak cepat dan nak mudahkan apa saja urusan kita buat.
And this is 100% true jugak untuk dream business yang kita jalankan. Customers nak cepat. Depa tak mau lagi dah kena dm kita, layan itu ini. They want to get in and get out. Lebih kurang macam orang lelaki pergi shopping dekat Mydin.
With that in mind, ada satu benda awak perlukan. Tak kisah awak jual ebook ka, nak open kelas ka, nak buat coaching ka - semua perlukan this ONE thing. And no, it's not a website. Website terlalu complicated. Panjang. Renyah.
Apa awak perlukan ialah a funnel. And today, saya nak explain sesimple mungkin pasal this thing.
Apa itu funnel
Simply put, funnel ialah a step-by-step process dari customer masuk dan keluar. Imagine kalau awak pergi Mydin, awak parking, masuk pintu depan, grab what you need and checkout - that is a funnel.
Customer journey is another word for it. Perjalanan customer kita dari A ke Z. Semua orang PERLUKAN funnel. Bread butter untuk kita. Dalam funnel inilah akan ada all the details:
• Core offer kita tengah tawarkan
• Upsell kita dah sediakan
• Akses untuk apa dia dah beli
A lot more, tapi kita simplifykan.
Kenapa awak perlukan funnel
Pernah tak awak pergi restoran baru, one yang awak tak pernah pergi lagi and awak pergi seorang diri, awak nak order tapi awak lost. Pernah kan? I think semua orang pernah, even myself.
Situasi itu sama macam bila tak ada funnel untuk orang nak beli offer awak. Depa stuck. Lost. Rasa nak marah, benci and then end up...cabut lari. That is where a funnel helps.
Each pages inside a funnel disusun untuk bukan saja ceritakan pasal apa yang ada, tapi tunjukkan apa orang perlu buat. How to buy. What can be used to pay. How can I access this and this. Semua dah dikongsikan.
Customer tak pening. Depa boleh faham dengan mudah dan buat payment dengan lebih cepat.
Website vs Funnel
Ramai orang, including myself dulu, confuse beza antara website dan funnel. I'll try my best to make it simple:
Website: Susun atur pelbagai pages yang kita boleh tekan dan pergi. Think of like a restaurant itself, awak boleh look around, feel the vibe and discover apa yang ada. YouTube.com ialah contoh website.
Funnel: Funnel ialah a straightforward, direct process untuk dapatkan something. A menu dalam restaurant is like a funnel yang mana dia ada satu process speficic, kita tengok apa kita nak and then kita order untuk dapatkan that 'something'.
Jadi maksudnya perlu ada website jugaklah kalau dalam restoran ada menu? Not necessarily. Dua-dua perlukan elements macam web hosting dan domain, tapi beza dialah macam ini:
Kalau ada orang bagi menu dekat awak untuk order tanpa ada restoran, awak tetap boleh beli makanan, kan?
Kalau awak pergi restoran tapi tak ada menu, awak boleh beli tak? Mustahil. Awak tak tahu apa yang ada apa yang tak ada.
Yang mana lebih penting? Menu. You can eat anywhere, but you need to have something to eat.
Tools to create a funnel
Ada banyak tools dekat luaq sana. Too many. Saya akan share a few good ones yang saya sendiri gunakan:
Systeme.io: Saya currently using this one. Ada option free. The downside is that awak kena faham betul-betul apa nak buat. Like, you NEED to understand funnel dan everything inside it dulu.
Onpay.my: Sistem yang sangat popular dekat Malaysia. Ada option free untuk 3 bulan tapi sangat limited. The downside is that harga dia baru saja naik and mungkin affects businesses.
Wordpress: Ahh, the OG of the bunch. 43% website dan funnel dekat dunia dibina menggunakan Wordpress. Dekat Malaysia pun femes. The problem satu saja...SANGAT COMPLICATED NAK SETUP YA! Dia offer flexibility, ada saja plugins (macam apps) yang boleh tolong itu ini, tapi nak setup dia complicated. Fortunately ada tools macam Minisite.my yang simplifykan. Bayaq satu harga, dapat teruih full wordpress siap pakai.
Types of funnel
Kalau saya nak cerita pasal yang ini saja, akan ambil masa 14 hari. Panjang. Sangat-sangat banyak nak share. Tapi saya nak simplifykan. Let's talk about 3 yang penting saja:
Lead Funnel: A lead funnel ialah satu funnel yang mana aim dia kita nak bagi something percuma dekat orang untuk dia balas dengan information diri dia. Kinda like awak nak masuk cabutan bertuah and perlu isikan nama alamat semua itu.
Purchase Funnel: Straightforward macam nama dia, funnel ini fokus pada pembelian. Kita susun untuk buatkan orang masuk dan beli. Dalam susunatur akan ada lah extra offers, upsells semua itu.
Webinar Funnel: Webinar funnel kita design untuk buat orang daftar ke webinar kita dan apa-apa yang diperlukan untuk follow up dan buat orang hadir secara live ke webianr. An example is this.
Summary and Final Notice
You need a funnel. Periodt. Saya tak peduli orang cakap oh dengan dm pun boleh close sale, tapi kita tengok pada fakta. More and more people are getting more and more lazier. Orang semakin malas. One of the things depa paling malas nak buat ialah deal dengan manusia lain 1 to 1.
The landscape is changing. Kita kena adapt, walaupun kita rasa susah, walaupun kita rasa tak boleh buat - tetap kita kena buat. And my recommendation ialah untuk awak gunakan Wordpress.
For years saya gunakan Wordpress for everything. Saya dah tahu ins and outs of it. And I also know how difficult it is untuk gunakannya - which is why saya akan buat satu free webinar next week. Dalam webinar, saya akan share macam mana saya buat RM20,000 dalam 4 jam dengan satu funnel untuk buku saya tahun 2021 dulu. 100% percuma, boleh daftar sini.
Apa-apa pun see you next week!
Sekian,
Paeh Brian