Bila kawan saya sebut nama saya, rasa macam jantung luruh ke bumi
Apr 08, 2024 10:30 am
Masa saya sekolah dulu, saya agak aktif dalam suka.
Bola sepak, kriket, softball.
Apa saja sukan, asalkan tak payah masuk kelas hahaha.
Disebabkan ni, saya dilabel sebagai 'atlet' walaupun bab balapan saya memang out.
Saya ingat lagi awal tahun masa saya form 5, ada satu mesyuarat mengikut rumah sukan yang ubah hidup saya.
Macam biasa bila masuk tahun baru, akan ada lantikan untuk majlis tertinggi atau ajk rumah sukan.
Jawatan pertama yang perlu dilantik ialah pengerusi.
Cara jawatan dipilih ialah melalui pencalonan - nama akan disebut dan yang lain akan sokong atau tak.
Bila cikgu mintak sebutkan nama untuk calon pengerusi, ada sorang kawan saya ni jerit:
"Faez cikgu!"
Sudah. Rasa macam luruh jantung. Harap-harap cikgu tak dengarlah.
Kebetulan pulak, ada seorang cikgu lelaki ni yang merupakan manager team bola kami. Dia terdengar nama saya kena sebut. Dia pulak kenal saya.
Tanpa banyak cakap, saya terus disuruh pergi ke depan.
"Okay siapa setuju Faez jadi pengerusi?"
Dalam hati, saya doa yang tak ada siapa undi. Tapi sebaliknya yang berlaku...
Saya ni agak terkenal sebagai peramah. Daripada form 2-5 memang ramai yang kenal saya.
Jadi masa undian tu, boleh kata hampir semua yang angkat tangan.
Maka saya pun jadilah pengerusi rumah sukan tu yang mana asalnya saya tak nak pun.
Tapi saya bersyukur saya ambil opportunity tu sebab daripada situ saya belajar:
+ cara bercakap dengan different people
+ cara untuk manage people
+ cara untuk berurusan dengan cikgu
Segala skills ni lah yang bantu saya hingga ke hari ni.
Bila ada opportunity datang, kita kena ambil sebab kita tak tahu ia mungkin ubah hidup kita.
Sama jugak dalam kes awak yang nak start jual skill.
Opportunity untuk gunakan Internet dah ada depan mata awak cuma tinggal nak grab saja.
Cuma mungkin awak tak tahu macam mana nak start.
Sebab tu lah saya wujudkan #SkillSeller Inner Circle - komuniti khas untuk mereka yang mula buat RM1K-RM10K sebulan dengan apa saja skill.
Lebih 85 orang dah join komuniti ni dan ramai yang dah rasai nikmat buat duit online.
Yurannya selalunya RM29/bulan @ atau RM297/tahun - tapi khas hingga hari terakhir Ramadan, yuran cuma RM197/tahun.
Awak boleh tengok info penuh dekat sini: https://sellyourskill.asia/inner-circle-special-lp
Sekian,
Paeh Brian
One skill is all you need~