Jangan buat affiliate marketing SEBELUM awak baca email ini

Mar 03, 2025 2:04 am

Yes. Awak tak silap baca. Hari ini saya nak bercakap pasal affiliate marketing. Mungkin awak rasa pelik sebab I've never once in 2 years talked about this. Tapi saya rasa dah tiba masa.


Don't worry, saya tak ada kelas pasal benda ini. Saya cuma nak share something yang saya dah lama nak cakap. It's getting worst. The landscape, the environment for affiliate marketing.


Tapi kita go satu demi satu dulu sebelum saya nak rant hahaha.


What is affiliate marketing?

Imagine awak pergi ke supermarket. Sambil tengah usya-usya barang, ada satu booth kecil yang offerkan kopi secara percuma. Awak minum, awak suka dan awak beli satu packet 30 sachet.


Bila awak beli dari orang yang tawarkan kopi free tadi, dia diberikan komisen. Lagi ramai yang beli lepas cuba kopi free dia bagi, lagi banyak komisen dia akan dapat.


Itulah konsep affiliate marketing. Bila orang beli melalui kita, kita akan diberikan komisen. Tak semestinya 'beli'. Ada sesetengah program hanya nak kita refer orang daftar saja. It depends really.


Tapi kenapa A.M ini bagus sebenarnya?


Why it is a good thing to do?

Affiliate marketing ini antara cara paling mudah untuk bina income. Paling mudah, tapi tak bermaksud paling bagus. Read that again.


Basically kita hanya share pasal sekian sekian produk/servis, bila orang beli atau daftar melalui link kita, kita akan dapat a cut. Simple teruk kan?


Saya sendiri ada buat jugak kaedah ini and I love it! Sometimes I feel like I don't do it enough tapi ini bukan cara utama saya buat income. Tapi kalau awak newbie, it's actually a good way to start.


Tapi macam semua benda atas dunia, ada sisi gelap dia jugak...


The #1 mistake people make...

Saya yakin awak tahu wujudnya TikTok. Obviously lah kan hahaha. Dekat TikTok, ramai yang buat affiliate. Kejap promote produk A, kejap promote barang B. Tak ada isu dekat sini.


The issue is when people lie to get the sale. Mungkin awak pernah tengok bila orang promote certain things, dia akan cakap:


"Produk ini bagus, saya dah cuba..."

And then dalam video atau posting, dia tak ada tunjuk langsung. Lagi parah, posting pasal benda lain, dekat bawah letak link Shopee affiliate.


Secara undang-undang, ini tak salah - dari segi moral dan ethics EVERYTHING IS WRONG WITH IT. Dia dah jadi menipu.


Imagine kalau anak kita tak makan broccoli kita masak untuk dia, tapi dia cakap dia makan...is that lying or not? HECK YES!


The same thing kalau orang cakap benda itu bagus tapi dia sendiri tak pernah cuba. It's downright lying. Berbeza kalau dia cakap:


"Orang cakap bagus tapi aku tak pernah try, korang try lah."

Even then, saya still rasa it's not good enough. Bila kita promote something, ada kebarangkalian tinggi orang akan beli. Bila dia beli, dia akan pakai. Apa saja impak berlaku dekat dia, atas kepala kita - kita yang promote dekat dia.


And don't give me that "eh tapi saya cuma share saja, dia yang beli, dia tanggung lah!", itu sangat-sangat tak betul.


Kalau seorang anak bagus, orang akan cakap sebab mak ayah dia bagus, betul tak? Kalau student berjaya, orang akan cakap cikgu dia pandai ajar, betul? Jadi kalau orang beli dari link kita, orang akan cakap sebab kita yang promote, betul?


Jadi kita perlu bertanggungjawab. An easier way is to ONLY SHARE WHAT WE ACTUALLY USE. Tak perlu share benda kita tak pakai. In my books, bila saya share pasal systems orang patut guna, saya hanya share the ones I've tried and used myself. You should do this as well!


Summary & Final Notice

Bila orang follow kita, depa dah berikan kita kepercayaan. Don't break that trust only for a few pennies. Tengok pada long-term. Pandang jauh ke Timur.


Saya baru balik dari Jepun, memang akan banyak guna references sana hahaa. And kalau awak nak tahu the easiest way untuk promote affiliate offers awak, it is by using stories.


Tapi untuk hasilkan stories baru setiap kali, amat penat dan perit. What if kalau awak cuma perlu hasilkan SATU story dan gunakan berulang kali? This is what I call as a Signature Story.


7&8 Mac nanti, saya akan adakan Signature Story Workshop yang mana saya akan share macam mana saya jual ratusan unit buku dalam beberapa jam, dapatkan ribuan ringgit secara sampingan setiap bulan dan bina satu personal brand yang saya boleh bangga.


Yuran cuma RM17 sahaja - daftar sini: https://www.getpaidbeyou.com/workshop


Oh sebelum saya terlupa, saya nak ucapkan selamat berpuasa dan Salam Ramadan buat semua yang berpuasa. Harap tak terlambat ya! Semoga Ramadan kali ini lebih baik buat kita semua, aamiin...


Apa-apa pun, jumpa next week!






Sekian,


Paeh Brian

Be you and get paid

Comments