[7 Hari Lagi] Bertahun-tahun saya marahkan cikgu tadika saya...
May 19, 2024 12:30 pm
Assalammualaikum dan hai, Paeh sini! Kurang 7 hari lagi sebelum kelas - sementara tu saya nak share satu cerita.
Saya teringat masa saya tadika dulu, ada satu ‘tragedi’ yang sangat sukar nak dilupakan…
Mungkin ramai yang tahu saya menulis tangan kanan, tapi sebenarnya dulu saya kidal.
Ada satu masa tu kami diberikan satu aktiviti menulis. Cikgu akan buat rondaan untuk semak kami buat ataupun tak.
Sampai dekat turn saya, lama dia berhenti…
Kemudian dia tengok saya menulis tangan kiri…and dia ketuk tangan saya dengan pembaris besi.
Bertahun-tahun saya terfikir kenapa berlaku macam ni.
Tapi bila dah besar ni, saya sedar kenapa benda tu berlaku.
Mungkin tu first time cikgu saya nampak orang menulis dengan tangan kiri. Jadi, dia rasa benda tu pelik dan seakan ‘salah’.
Kadang bila kita nampak someone buat something yang ‘different’, apa first thing kita akan fikirkan?
“Kenapa dia buat macam tu?”
Kita mempersoalkan tindakan orang tu dan in someway deem apa dia buat tu sebagai tak betul.
The thing is ‘different’ doesn’t mean it’s ‘wrong’.
Situasi ni similar macam bila kita baru nak mula jual skill kita.
Kebanyakan orang lain fokus jual produk dan mungkin jadi agen itu ini.
Tapi bila kita fokus menjual skill, kita buat benda yang berbeza dengan orang lain - which is tak salah dan ikut kita lah apa kita nak buat.
Cumanya kalau kita start dengan cara yang tak betul, konfirm-konfirm memang ‘salah’.
Kalau nak buat dengan cara yang betul, mestilah ada guidance dan step-by-step process yang kita boleh follow.
Sebab tu lah awak kena hadir secara live nanti! Kita akan start tepat 8.30 malam dan kalau awak belum ada pautannya, save this one: https://youtube.com/live/aFSWfk59O5A?feature=share
Jumpa nanti!