STOK RUMAH TAK TERJUAL.
Oct 19, 2021 9:01 am
STOK RUMAH TAK TERJUAL.
APA PUNCA DAN PENYELESAIAN?
.
PUNCA BENDA NI BERLAKU.
.
1. Harga rumah tak sesuai dengan kemampuan pembeli. Median harga dan harga purata hartanah di Johor tak sampai RM400,000, tapi purata nilai hartanah tak-terjual melebihi RM800,000.
.
2. Kenapa pemaju lancarkan harga mahal nak mampos dulu? Sebab mereka target pembeli luar Malaysia dari China dan Singapore. Sebab diorang sahaja yang bodoh akan kena goreng beli kondo pada harga RM800k di JB. Orang tempatan takkan beli harga begini sebab mereka prefer rumah landed bawah RM600,000.
.
.
PERTUKARAN POLISI PUNCA MASALAH INI JADI LEBIH TERUK?
.
Actually ada banyak benda yang kita boleh buat untuk selesaikan masalah ini dalam jangka masa pendek, tapi benda ini biasanya harganya mahal pada jangka masa panjang. Saya bagi contoh.
.
Dulu waktu GE13, ramai orang Johor marah sebab ramai warga asing beli kondo di JB. Jadi bila BN menang tipis waktu itu, mereka buat polisi untuk naikkan minima harga pembelian untuk kondo di Johor minima RM1 juta dari minima harga asal RM500k.
.
So warga asing yang dulunya beli harga RM500k ingat nak jual pada harga RM600k, sekarang hanya boleh jual pada harga RM1juta dan keatas. Pemaju juga sama, sebab projek dah jalan dan harga pun dah fix. So pembeli dan pemaju semuanya terceduk berjemaah sebab satu polisi in sahaja, dan kerugian anggaran berpuluh berbilion ringgit.
.
.
.
APA PENYESESAIAN SEBENAR?
.
Kalau ikutkan hati, mahu saja saya cadangkan sahaja untuk bagi diskaun 50%-70% untuk hartanah tak terjual dan kenakan denda kepada pemaju yang ada banyak hartanah tak terjual. Padan muka mereka sebab tamak kan?
Cadangan ini adalah kategori populis dan pasti diterima baik oleh rakyat Johor dan pembeli hari ini.
.
Tetapi kalau buat polisi begini, tidak akan ada pemaju yang akan mahu bina hartanah di Johor lepas ini, sebab dahlah terciduk kerana pertukaran polisi mendadak, hari ini mereka dihukum pula. Mereka tidak akan kembali buat bisnes di Johor, dan Johor akan mula ada masalah hartanah tak mencukupi dalam jangka masa panjang.
Dan harga hartanah yang sedia ada bakal melambung kerana memang stok rumah tak mencukupi 5-10 tahun dari sekarang.
.
Jadi semua penyelesaian yang bakal dicadangkan kena dipertimbangkan efek jangka pendek dan jangka panjang juga.
Cara untuk selesaikan isu ni ada banyak sebenarnya. Cuma kalau benar serious mahu selesaikan masalah ini, kita perlukan solusi yang masuk akal pada jangka pendek dan masih masuk akal untuk jangka masa panjang.
.
p/s : Kalau ada pemaju/ejen yang mahu jual kondo di JB pada minima 35% diskaun, mohon PM Jeremy Lkc utk kita bantu. Diskaun paling banyak kami pernah dapat di JB adalah 55%.
.