FAR CAPITAL by LABUR HARTANAH

All issues

KOS-KOS BELI RUMAH

Apakah Cara Beli Rumah Pertama Di Malaysia Dengan Gaji Kecil?



Nak beli rumah, tapi rasa macam gaji terlalu kecil? Jangan risau, kami ada sediakan panduan ni untuk menolong anda, siap dengan kira-kira asas dan senarai skim rumah mampu milik yang ditawarkan di Malaysia.



Gaji kecil tak semestinya perlu menghalang anda daripada membeli rumah pertama.

Selagi anda bertanggungjawab dalam menjaga perbelanjaan, hartanah akan jadi aset yang sangat berguna, dan boleh meningkat nilainya.

Dalam artikel ni, kita akan bincangkan macam mana nak beli rumah pertama dengan gaji kecil.

Kita akan buat kira-kira asas untuk menentukan jumlah pinjaman yang anda boleh mohon berdasarkan gaji.

Seterusnya kami akan senaraikan skim rumah mampu milik di Malaysia untuk anda pertimbangkan.

 

Berdasarkan Gaji, Berapa Pinjaman Yang Anda Layak?


Dalam hartanah, ada istilah yang dikenali sebagai Income-to-Mortgage Ratio.

Untuk ni, pinjaman bulanan anda tidak boleh lebih daripada satu pertiga gaji kasar (gaji yang anda dapat sebelum ditolak cukai, perbelanjaan, dsb).

Jadi, cara nak kira pinjaman maksimum adalah:

Gaji kasar x 30 /100

Kalau gaji anda RM3,000 sebulan, pinjaman bulanan tak patut lebih daripada RM900!

Anda boleh gunakan kalkulator ini untuk mengagak jumlah pinjaman yang anda boleh mohon.

 

Rumah Apa Yang Anda Mampu Beli?


Kalau nak senang sikit, bolehlah gunakan kalkulator ini untuk mengagak harga rumah yang anda mampu miliki tu.

Katakan anda nampak rumah berharga RM500,000. Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM2,533.

Berdasarkan had RM900 tadi, rumah ini bukanlah untuk anda. Tetapi, kemudian anda jumpa pula rumah berharga RM170,000.

Dengan tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah 4.5%, pinjaman bulanan adalah sekitar RM861. Yang ni lah anda mampu milik!

 

Semak Juga Kalau Anda Mempunyai Sejarah Kredit Yang Baik!

Yang pertama sekali ialah Nisbah Khidmat Hutang/ Debt Service Ratio (DSR).

Penting tau untuk anda jaga ni, kerana bank akan gunakannya untuk mengira samada seseorang tu layak ke tak untuk mendapat pinjaman yang dimohon dari bank.


Nisbah ni tidak tetap, dan bergantung pada terma setiap bank yang akan melihat individu yang datang untuk memohon pinjaman. Biasanya, anda kena pastikan bawah 60% kalau bergaji bawah RM3,000.

Selain itu, anda juga perlu semak report kredit CCRIS (Central Credit Reference Information System, atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit).

Report ni sangat penting kerana mengandungi pelbagai maklumat kewangan peribadi yang akan digunakan oleh bank untuk buat keputusan atas setiap permohonan pinjaman perumahan:

 

Apa Kos-Kos Lain Yang Terlibat?

Sekarang kita dah tahu jumlah pinjaman macam mana yang anda layak, dan jumlah pinjaman bulanan yang anda perlu bayar.

Tapi ada banyak kos lain yang anda perlu fikirkan, nak lagi dalam peringkat awal proses membeli rumah, termasuklah:

1) Yuran tempahan (booking fee)


Untuk menyatakan niat anda untuk membeli rumah tersebut, anda kena bayar yuran tempahan terlebih dahulu.

Yuran tempahan ni biasanya sebanyak 2%-3% jumlah pinjaman. Katakanlah yuran ini berharga RM5,000, anda kena sediakan wang tersebut dalam bentuk tunai.

2) Bayaran pendahuluan (down payment)

Bila anda tanda tangan surat perjanjian jual beli (SPA), anda perlu bayar 10% daripada jumlah pinjaman.

Anda boleh tolak jumlah yuran tempahan tadi daripada downpayment ni.

Dengan rumah berharga RM170,000 tadi, ini bayaran downpayment yang anda perlu sediakan dalam tunai:

RM170,000 x 10/100 – RM5,000 = RM12,000

3) Memorandum Pemindahan (MoT)


Di sini akan ada duti setem untuk memindahkan hak milik kepada nama anda. Inilah caj yang akan dikenakan:

4) Yuran guaman buat Surat Perjanjian Jual Beli (SPA)

Selain itu, akan ada caj tambahan, seperti berikut


Pendek kata, ini perkara yang anda kena sediakan duit siap-siap.



SECARA RINGKASNYA KOS BELI RUMAH TERMASUK

1 2%-3% yuran tempahan

2 10% bayaran pendahuluan

3 MoT/ duti setem

4 Yuran guaman SPA



DI FAR CAPITAL KAMI MEMBELI RUMAH DISKAUN HINGGA 30-50% HINGGA MAMPU BELI RUMAH TANPA BAYARAN PENDAHULUAN , DAN KOS GUAMAN DI SELESAIKAN OLEH DEVELOPER


SERTAI KAMI SEKARANG

SERTAI KAMI

https://faracademy.onpay.my/order/form/FCCAFFILIATE/5420

Share
Get the next issue in your inbox
Free, and you can unsubscribe any time.

0 comments

More issues

All 48 →
#4 Aug 27, 2021

ANY DROP AND FAILED CLIENTS

Read issue →
#3 Aug 23, 2021

Macam Mana Nak Beli Rumah Banyak Walaupun Gaji Tak Banyak

Read issue →