PERLU KE IKAT PERUT?]
Nov 19, 2021 8:30 am
[PERLU KE IKAT PERUT?]
Artikel di page Siakap Keli ini mendapat perhatian saya: UMUR 32 TAHUN DAH BELI DUA BUAH RUMAH, GADIS BERJAYA SIMPAN 90% GAJINYA SETIAP BULAN (full article link in comment)
Umur 34 & miliki 5 buah rumah pelaburan.
Tiada yang betul atau salah dari segi strategi pelaburan, asalkan pelaburan tersebut tidak merugikan. Tapi ini saya ceritakan cara saya memiliki hartanah gred A & B dengan taraf gaji seorang pegawai perubatan kerajaan.
Saya mulakan journey saya pada umur 28 tahun dengan guidance dari suami saya. Pada masa itu, honestly saya tak ada langsung apa2 ilmu dalam pelaburan hartanah. Cumanya, saya boleh kata yang saya ni seorang penyimpan dari zaman universiti. Tapi saya tak adalah menyimpan sehingga 90% pendapatan saya. Masa belajar, saya pastikan saya belajar rajin2 sampai saya boleh dapat biasiswa. Biasiswa yang saya dapat masa tu 4 angka sebulan dalam ringgit malaysia. Masa yang sama, saya juga buat jualan sikit2 di hostel untuk menampung perbelanjaan bulanan.
Pelaburan pertama saya pada tahun 2008, selepas mendapat biasiswa bulanan adalah ASB finance. Daripada ASB finance saya memang tak sentuh dividen tahunan sehingga saya tamat belajar. Simpanan tersebut saya gunakan sementara menunggu giliran dipanggil bertugas selepas graduation pada tahun 2012.
Di sebabkan saya nak beli rumah, pada tahun 2015 saya batalkan ASB finance saya. Sy keluarkan KWSP akaun 2 & simpanan ASB saya untuk bayar downpayment 3 buah rumah pertama saya. 100% of my savings I used for my property investment. Masa tu boleh kata kalau ada emergency, memang tak ada cash. Tapi saya tak ikat perut, sebab saya ada credit card dan saya kurangkan perbelanjaan saya selama dua bulan.
Tak sampai sebulan selepas siap renovation, property tersebut mendapat harga sewa 50% lebih tinggi dari jangkaan. Dalam masa dua tahun saya dapat kumpul semula modal saya, dalam masa 5 tahun saya dapat simpanan 5 angka dalam akaun pelaburan saya.
Pada awal tahun 2020, saya membeli 2 lagi hartanah dengan kelayakkan 70% LTV tanpa mengeluarkan apa2 modal. Untuk renovation pun tak perlu keluarkan modal. Dua2 hartanah tersebut terletak di kawasan prima Kuala Lumpur dan salah satunya telah memberikan saya cashflow lebih RM1k sebulan. Dan sama seperti properties saya yang sebelumnya, property tersebut tak sempat pasang pintu grill pun dah dapat penyewa dan saya jangkakan property saya yang kelima pun akan memberikan pitis yang sama InsyaAllah, mulai tahun hadapan.
Perubahan dalam penjimatan kecil yang saya dan suami lakukan adalah
1. Kami masih menyewa, dan kami pilih untuk tinggal di kawasan luar bandar atas sebab kos sara diri yang rendah dan tiada “peer pressure” untuk pakai barang mewah.
2. Pakai barang sampai rosak, selagi tak rosak tak perlu tukar
3. Pakai kereta dengan installment bulanan yang rendah
4. Cukup 2 anak (buat masa ni)
Tapi dalam masa yang sama saya masih gunakan duit saya untuk self treat.
Dua - tiga bulan sekali saya spend untuk pergi spa & facial.
Saya set kan perbelanjaan bulanan untuk shopping.
Kami sekeluarga akan makan mewah sekali sekala dan kami juga akan pergi bercuti dalam negara dua - tiga kali setahun.
Aim saya, tak ada lah nak beli sampai puluh2 property. Tapi cukup lah untuk tampung kos pensaraan saya dan juga boleh menjanakan pendapatan extra setiap bulan. Salah satu sebab mungkin kenapa suami saya sarankan saya untuk melakukan pelaburan dalam bidang hartanah yang saya sedar sekarang, saya tak pandai nak buat side bisnes sebab saya seorang yg sangat pemalu. Selain itu, saya merasakan masa saya sangat terhad untuk dibahagikan antara keluarga & kerjaya saya. Oncall 6-7 kali sebulan membuatkan saya rasa sangat penat selepas tamat kerja, kemudian masa saya yang selebihnya saya pilih untuk fokus kepada keluarga saya. Kelebihan yang saya nampak apabila saya mulakan pelaburan saya dengan FAR Capital adalah saya tak perlu nak fikir pun pasal kesemua unit2 property saya sebab semuanya dah ada pengurusannya tersendiri.
Yang membuat saya bersyukur adalah, rental income yang saya dapat setiap minggu dan setiap bulan saya tak perlu nak fikir jika gaji saya habis untuk meneruskan komitmen hidup.
How you want to live your life is your own CHOICE, dont let your LIMITING BELIEFS put your dreams down.
*Gambar: Antara pengalaman pergi bercuti yang best, naik yatch di Langkawi sambil enjoy view sunset.
Thank you dear husband for always knowing what I need in my life ❤️