3 KRITERIA CARI RUMAH CASH FLOW TINGGI
Nov 27, 2021 10:31 am
Jika anda baru cuba untuk melabur dalam hartanah , anda perlu kenal pasti strategi pelaburan anda. Nak flipping house ke atau nak simpan rumah tersebut dan kumpul duit sewa sampai kaya. Tapi apa kriteria yang perlu ada untuk pastikan rumah tersebut dapat menjana cash flow yang tinggi
✅3 KRITERIA CARI RUMAH CASH FLOW TINGGI
🌟1) RENTAL YIELD = 8%
Rental yield penting untuk tahu keuntungan kita dalam setahun berbanding jumlah belanja untuk rumah tersebut
Cara nak kira rental yield adalah
- jika anda beli rumah harga RM 200k dan sewa yang dapat untuk rumah tersebut sebanyak RM 10 k setahun , jadi rental yield adalah : total rent / total cost : RM 10k/ RM 200K x 100 = 5%
Cara mudah nak kira sewa yang diperlukan untuk dapatkan rental yied sebanyak 8% setahun adalah dengan harga rumah bahagi 150 ( faktor)
contoh :
RM 100 000/150 = RM 666 ( rental @ 8%)-- maksudnya kita perlu cari rumah yang boleh disewa paling kurang RM 666/sebulan untuk dapat 8% yield dari rumah harga RM 100k
🌟 2) Occupancy rate > 70%
Sebelum beli rumah tersebut anda perlu tahu rental demand dan berapa unit rumah telah di duduki di kawasan tersebut . Cara nak tahu anda kene pergi sendiri di apartment tersebut :-
— A) Management office
anda boleh tanya security atau management office untuk tahu anggaran kasar bilangan rumah yang telah diduduki
—B) Parking je tepi rumah
pergi waktu malam dan parking di tepi apartment tersebut , dan tengok berapa rumah yang cerah . Cara lain boleh kira aircond di luar rumah atau piring astro untuk tahu berapa banyak rumah yang telah diduduki
— C) Specialist Agent
call ejen untuk tahu occupancy rate rumah tersebut . Ejen hartanah sepatutnya tahu dan anda boleh tanya soalan lanjut kepada ejen tersebut jika ada
🌟3) TAKE UP RATE < 3 MONTH
anda perlu pastikan yang rumah tersebut boleh di sewa dalam masa 3bulan , kalau lebih 3 bulan masih tiada penyewa maknaya tiada demand untuk rumah tersebut .
caranya anda boleh call ejen yang iklankan sewa sejak 3-5 bulan lepas , jika rumah tersebut masih kosong maknanya tiada demand untuk rumah tersebut .
Ini adalah antara kriteria penting jika anda mencari rumah yang dapat generate cash flow yang baik . Cuba jangan jual rumah tersebut jika memenuhi kriteria ini keran rumah yang memenuhi kriteria - kriteria ini biasa nya akan dapat capital appreciation dalam masa 3-5 tahun