Assalamualaikum
PKP atau PKPB atau PKPP akan bermula esok selama 2 minggu insha-allah. Apa perancangan yang akan dilaksanakan?
Berikut ialah 4 sudut kita boleh perhatikan sama-sama:
Fizikal
- Apakah yang akan saya majukan dalam aspek pengurusan kewangan ?
- Apakah yang akan saya majukan dalam aspek kesihatan saya?
- Apakah akan saya majukan dalam urusan penginapan atau kenderaan saya?
Intelektual
- Apakah yang mahu saya belajar perkara baru?
- Apakah kemahiran baru saya mahu belajar?
- Ada buku atau sesuatu yang saya mahu baca ?
Emosi/Sosial
- Apakah elemen keluarga yang saya mahu majukan?
- Apakah hubungan dengan ibu ayah serta jiran dan kawan yang saya mahu majukan?
Spiritual
- Bagaimana saya mahu majukan Quran dan Solat saya ?
- Bagaimana saya mahu pastikan setiap hari ada infaq atau sedekah untuk Allah lindungi diri dan keluarga saya?
Moga Allah pimpin kita dalam masa kita berhenti sebentar ini.
Jumpa lagi
Fazrul Ismail
0 comments